Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 15

Bab 15


Pintu bilik diketuk perlahan. Syifa masuk sambil menatang dulang membawa sarapan untuk suaminya. Adi Firkash buka mata apabila pintu bilik dikuak seseorang. Dia bangun daripada pembaringan dan menyandar di kepala katil.

“ Mama?”

“ Syifa, bukan mama. Manja! Dah besar panjang pun panggil mama lagi.”

“ Buat apa kat sini?”

Syifa mengetap gigi geram. Dari mula-mula kahwin sampai sekarang, bajet macho je memanjang. Cubalah mesra sikit. Sejuk sikit hati aku. Hatinya berbisik. Syifa melabuhkan punggung di birai katil. Dulang diletakkan di atas meja.

“ Makan sikit, awak.” Adi Firkash mengalihkan mukanya. Dia buat tak tahu.

‘ Ish, masa nilah dia nak mengada. Aku dah lewat dah ni.’ Dia mengerling jam di dinding. “Akash, awak makan sikit boleh tak? Saya dah lewat ni, nak masuk kerja pula.”

“ Dah siapa suruh kau masuk bawa makanan? Aku tak minta pun kan? Kau yang mengada nak tunjuk baik.” Berdesing telinga Syifa mendengar kata-kata kurang ajar Adi Firkash. Sabarlah hati.

“ Adi Firkash, awak nak saya suap nasi ke awak nak saya suap mangkuk? Saya dah lewat ni intan payung, janganlah mengada macam ni. Malam nanti saya layan awak ye? Kita gaduh sampai pagi. Sekarang ni awak buka mulut dan terus makan. Boleh?” Syifa memujuk manja.

Adi Firkash terpegun mendengar rengekan Syifa. Pelik. Bukan nak marah, malah pujuk lagi. Perempuan ni ada perasaan ke tak ada? Tanpa banyak songeh Adi Firkash membuka mulutnya apabila Syifa menyuakan sudu. Habis semangkuk juga nasi air dihabiskan oleh Adi Firkash. Lapar agaknya.

“ Good boy. Dah habis dah.” Syifa mengusap lembut kepala Adi Firkash. Bibir suaminya dilap dengan jarinya. “ Comot betul makan, macam budak kecil.” Lembut alunan suaranya.

Walaupun Akash buta, tapi Akash celik seperti mata yang normal. Mata coklat itu mengugat naluri wanita Syifa. Ya! Dia jatuh cinta pada mata itu pertama kali mereka bertemu. Mata yang redup itu membuat Syifa ingin menjaganya. Kini pipi Akash pula diusap lembut tanpa dia sedari.

Adi Firkash terperanjat. ‘Dia ni lap mulut ke lap pipi? Ni dah kes raba dah ni.’ Monolog Akash. “ Kau tak pergi kerja lagi? Tadi bukan main nak pergi kerja.” Adi Firkash bersuara lantas menyedarkan Syifa.

“ Err, nak pergilah ni.” Cepat-cepat dia keluar dari situ. Malunya! Nampak sangat aku suka dia.

15 minit kemudian, Syifa sampai ke tempat kerjanya. Mujurlah hari ni tak jammed sangat. Kalau tak, lambat pula aku masuk kerja. Asyik warna merah je, lama-lama kena buang kerja baru padan dengan muka.

“ Welcome back, pengantin baru.” Kecoh satu pejabat dengar suara Iqram. Bala apa pula ni. Syifa menutup wajahnya dengan beg. Malu, malu! Bahu Iqram ditepuk kasar. Semua pekerja di situ mengucapkan tahniah. Kalau ucap saja tak apa, ni siap bagi tip malam pertama lagi. Nak letak kat mana muka ni?

Iqram sengih meleret. Dia mengekori langkah Syifa sehingga ke bilik. “ Kau nak apa, Iqram? Dah tak ada kerja nak buat? Mulalah tu nak ganggu aku.”

“ Haa, ni sorang lagi. Tak ada kerjalah tu. Nak ganggu aku juga. Buat menyemak bilik aku je.” Syifa melontarkan kata-kata kepada Nana yang baru sahaja membuka pintu bilik.

“ Amboi, amboi mulut. Lancang ye? Aku tak masuk lagi dah kena marah. Sejak kahwin ni garang. Kenapa? Cik abang garang ke?” Nana angkat kening. Senyuman nakal terserlah di bibir. Iqram pula sudah ketawa terbahak-bahak. Gila! Ni ketawa ke, menjerit?

“ Wei, slow sikit volume tu.. Iqram. Malulah orang dengar.”

“ Entah! Satu office boleh dengar.” Giliran Nana pula menyampuk. Asal jumpa je gaduh. Ada je yang nak dibahaskan.

“ Ek eleh, cakap orang. Kau pun samalah. Macam langsuir.” Iqram membalas.

“ Sudah. Korang berdua sama je. Keluar, keluar..syyyuhhh..ssyyyyuhhh..” Syifa menghalau mereka berdua.

“ Sampai hati kau. Susah payah aku datang melawat kau halau ek? Takpe-takpe.”

“ Nak melawat apanya? Bukannya aku sakit. Aku tahulah kau nak tanya, macam mana kahwin? Best ke tak? Handsome tak suami kau? Malam pertama macam mana?” Syifa mengajuk Nana.

“ That’s right.” Nana mengetip ibu jari.

“ So?” Iqram juga sudah berminat.

“ Tak ada apa yang menarik. Kerja aku lagi menarik tahu? Sudah, keluar cepat. Banyak kerja aku nak buat ni. Nanti tak pasal-pasal bos mengamuk. Siapa yang susah, aku juga.” Tubuh Iqram dan Nana ditolak keluar daripada biliknya.

“ Nanti story, story.. okey?” Nana melaung dari luar.

Syifa koyak senyum. Nakal! Dia berjalan ke mejanya lalu melabuhkan punggung di kerusi. Bila ingat balik pertemuan pertama dia dengan Iqram, rasa nak tergelak pun ada. Dulu mula-mula kenal, bukan main lagi macho. Sekarang hancur. Perangai tak senonoh langsung. Syifa menggeleng sambil tersenyum.Fail-fail tersusun tinggi di depannya dicapai satu persatu. Tangannya mula bekerja.Seminggu bercuti, bertimbun kerja menunggu. Tak boleh nak rehat langsung. Bebelnya dalam hati.

Syifa terus tekun menghadap kerjanya. Matanya dikecil-kecilkan supaya lebih mudah untuk membaca.

Datin Suraya mengatur langkah ke taman. Dia melihat Adi Firkash sedang termenung. Kakinya dihayun mendapatkan Akash. “ Apa anak mama menungkan ni?” Bahu Akash ditepuk lembut.

“ Mama ni. Terkejut Akash.” Dia mengurut dada. “ Tak pasal-pasal dari buta terus jadi arwah.” Dia berseloroh .

“ Apa kamu ni bergurau benda-benda macam tu? Mama tak suka tahu!” Datin Suraya memarahi anak tunggalnya itu.

“ Ala.. ma, Akash gurau jelah. Tu pun nak marah.” Dia memeluk mesra bahu mamanya. Kepalanya dilentokkan di bahu Datin Suraya.

“ Tak mahu gurau macam tu dah.” Datin Suraya memberi amaran. Pipi Adi Firkash dicubit lembut.

“ Aduh! Sakitlah, ma..” ujarnya manja. “ Ma..” Dia berjeda seketika. “ Akash minta maaf.” Pelukan dieratkan.

Datin Suraya terdiam. “ Kenapa? Tiba-tiba je. Akash jangan buat mama risau.” Dia membelek tubuh anaknya. Adi Firkash ketawa senang hati.

“ Mama ni. Ke situ pula. Yelah, Akash minta maaf. Kat hospital dulu, Akash tengking-tengking mama, marah mama. Akash salahkan mama, sedangkan Akash yang salah.” Sebak di dada mula berkumpul.

Datin Suraya mengusap lembut rambut Adi Firkash. “ Tak apa, mama faham. Masa tu Akash tengah serabut. Yelah, ujian yang Akash lalui sungguh berat. Kalau mama di tempat Akash pun mama buat benda yang sama. Sudahlah nak, benda dah berlalu dah pun. Kita lupakan ajelah. Mama tak ambil hati pun,” ujar Datin Suraya penuh kelembutan. Kepala Adi Firkash dicium berkali-kali. Emak mana yang tak tersinggung dengan kata-kata yang memedihkan hati. Tapi itu semua sekejap sahaja.

“ Maafkan Akash, mama.” Akash memeluk erat tubuh mamanya. “ Sudahlah tu, mama dah maafkan dah pun.” Dia turut membalas pelukan Akash.

Deringan telefon ‘ Love Is The Moment’ menganggu kontrensasi Syifa. Lantas dia angkat kepala. Telefon Samsung S4 di dalam beg diambil. Tertera nama ‘Minah Senget’ di skrin telefon. Dia mengukir senyum.

“ Helo, nak apa?”

Aneesa melarikan telefon daripada telinganya mendengar suara kuat Syifa. “ Amboi, kuat gila. Salam entah ke mana, sopan-santun hilang ke mana, macam ni kau sambut panggilan aku ye?” soalnya bengang. Mana taknya, hampir pecah gegendang telinga Aneesa. Lagi mendidih hatinya apabila mendengar ketawa di hujung talian.

“ Comelnya kau marah..” Lagi galak dia mentertawakan Aneesa. Makin bengang Aneesa dibuatnya.

“ Kau ni tak habis-habis dengan perangai tak senonoh kau tu. Sudah, turun sekarang.” Serta merta ketawanya mati. Turun? Sekarang?

“ Buat apa?” Dia buat muka blurnya.

“ Buat apa kau tanya? Dah pukul berapa ni?” Syifa mengerling jam. Dia menepuk dahi. Alamak! Dah waktu lunch. “ Give me five minute.” Terus talian dimatikan.

Aneesa menggeleng kepala. Stereng kereta diketuk-ketuk sementara menunggu Syifa. Lima minit menunggu akhirnya Syifa muncul di depannya. Pintu kereta dibuka lalu Syifa duduk di tempat penumpang. “ Kita nak makan kat mana kali ni?” Syifa terus memakai seat belt.

“ Mana-mana je..” jawab Aneesa acuh tak acuh. Dia terus menekan pedal minyak. Kereta bergerak laju di jalan raya. Tiba-tiba keretanya dibrek mengejut. Syifa yang sedang enak menghayati lagu Tetap Menantimu terus terkejut. “ Kenapa??” Dia menyoal Aneesa. Mukanya pucat akibat terkejut.

Aneesa tayang gigi. “ Hehe, tu.. kita makan sini. Tak ingat nak bawa slow, hampir-hampir terlepas kedai makan tu. Sebab tu aku brek mengejut.” Selamba sahaja Aneesa menjawab. Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“ Kau tahu tak kerja kau ni bahaya! Kalau ada orang..”

“ Bla..bla..bla..” Belum sempat Syifa memberi kuliah, Aneesa sudah mengejek. Akhirnya Syifa mengoyak senyum. Mereka duduk di tengah-tengah. Senang nak pergi ke mana-mana. Tak perlu jalan jauh-jauh.

“ Fa, aku nak tanya sikit.” Aneesa sudah buat muka serius.

“ Macam serius je aku tengok.” Syifa senyum lagi.

“ Macam mana alam perkahwinan?” Kening double jerk diangkat. Hampeh. Punya serius muka, nak tanya tu je?

“ Itu aje kau nak tanya? Macam tak ada soalan lain kat atas dunia ni kan?” Syifa menyoal kembali. Mukanya didekatkan.

“ Dah tu je soalan aku ada.”

“ Nak order apa, cik?” Belum sempat Syifa menjawab, pelayan restoran berdiri di hadapan mereka.

“ Two lemon ice tea, with two nasi goreng kampung,” pesan Aneesa.

“ Cepat jawab soalan aku tadi.” Tubuhnya terus menghadap Syifa kembali.

“ Laa, tak habis-habis lagi?”

“ Macam mana nak habis kalau kau tak pernah nak jawab?” Aneesa mula buat muka bosan.

“ Alam perkahwinan?” Syifa mengetuk lembut bibir. “ Not bad juga. Nak cakap best, tak juga..” Dia mengumpan minat Aneesa.

“ Kau ni cakaplah betul-betul!” Tangannya dipanjangkan lalu mencubit bahu Syifa.

“ Rilekslah. Setakat ni, okeylah. Akash pun tak banyak karenah.” Seketika otaknya berfikir. Tak banyak karenahlah sangat kan? “ Senang nak jagalah.” Dia sambung lagi.

“ Hmm, okeylah macam tu. Asalkan kau bahagia,” ujar Aneesa gembira. “ Kalau kau tak bahagia kau cari aku, okey?” Sambungnya lagi sambil tersengih.

“ Amboi, doakan aku tak bahagialah tu. Luku kang!” Syifa berpura-pura marah. Aneesa sekadar tayang wajah selamba dengan sengih nipis.

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 14

Bab 14

“Aku terima nikahnya Syifa Imani bt Mohd Dollah dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai.” Bergema seluruh rumah kecil itu. Fikirannya bercelaru. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang. 


Syifa angkat muka. “ Kenapa?” Dia berbisik ke arah temannya, Aneesa. 
Aneesa menjuihkan bibirnya. “ Tu..tu..”



Syifa mengalihkan muka ke depan. Tersembul wajah Datin Suraya dan Adi Firkash. Dah kahwin ke? Dah sah ke? Dia menyoal diri sendiri. Tangan Adi Firkash dicium penuh hormat. Jantungnya berhenti berdegup apabila sepasang bibir milik Adi Firkash mendarat elok di dahinya. Dia tidak keruan. Kenapa dengan aku ni? Takkan dah jatuh cinta kot.



Ketika Syifa menebarkan seluruh pandangan, tetamu berbisik antara satu sama lain. Mereka bercakap sesama sendiri. Syifa mengerti. Mungkin di fikiran mereka, Syifa bodoh kerana sanggup menikahi orang buta. Tetapi Syifa tidak ambil pusing. Hidup aku, biarlah buat apa mereka sibuk-sibuk. Terus sahaja tangan suaminya dipaut.



Adi Firkash terkejut apabila tangannya dipaut seseorang. “ Tak payah pakai tongkat. Saya bawa awak.” Gemersik suara Syifa menyentuh gegendang telinganya.



Aneesa yang melihatnya dari jauh tersenyum bahagia. Bertuah Akash dapat kau, Syifa. Datin Suraya mengelap air mata. Terharu dia melihat Syifa yang memaut lengan suaminya lalu dibawa ke pelamin. Bukan dia tidak dengar orang sedang mengata. Dia hanya memekakkan telinga. 



Mama doakan kamu bahagia hingga ke anak cucu.



Adi Firkash merebahkan diri ke atas tilam. Terasa sengal seluruh badan. Tiba-tiba fikirannya mula mengingati peristiwa tadi.



‘ Suami dia butalah. Takkan perempuan cantik macam dia nak kahwin dengan orang buta? Ni mesti sebab harta. Aku gerentilah dia kena bayar.’ Berdesing telinga Adi Firkash menangkap kata-kata itu. Kalau dia boleh nampak, saat tu juga dia lari dan batalkan perkahwinan. Perempuan semuanya sama.



Syifa membuka pintu dari luar. Kelihatan Adi Firkash sedang berbaring di atas tilam. Penat barangkali. “ Awak dah nak tidur ke?” Syifa membuka bicara. Tuala di penyidai dicapai lalu kakinya menuju ke bilik air tanpa menunggu jawapan daripada Adi Firkash.



Belum sempat Adi Firkash membalas, titisan air di dalam bilik air kedengaran. Mandi kot. Kejap lagilah aku tanya.



Datin Suraya melabuhkan punggung di sebelah Mak Som. Baru sempat mereka berbual-bual panjang. Memandangkan tetamu semuanya sudah pulang, mungkin inilah masa yang sesuai untuk berborak fikirnya.



“ Som, terima kasih.. Som.” Datin Suraya membuka bicara. Mak Som yang sedang membuka hadiah daripada tetamu tersentak. 



“ Eh, kau rupanya.. Sue. Terkejut aku. Jomlah buka hadiah ni sama-sama. Senang sikit kita nak simpan nanti. Tak adanya nak menyemak kat hujung dinding tu haa..” Bibirnya dijuihkan ke arah dinding. Datin suraya tidak membantah. Tangannya terus ligat membuka balutan.



“ Som…” panggilnya lagi.



“ Kenapa dengan kamu ni, Sue? Dari tadi lagi panggil aku. Rindu sangatlah tu..” Kata-kata itu mengundang tawa Datin Suraya.



“ Kalsom, Kalsom, perangai tak ubah-ubah. Lawak macam dulu lagi,.” bidasnya dengan tawa.



Mak som turut ketawa.



“ Terima kasih ye, Som? Sudi terima anak aku sebagai menantu. Kalau tak, tak tahulah siapa yang sanggup terima anak aku. Dahlah buta..” Suaranya berbaur sedih.



“ Kau jangan cakap macam tu, Sue. Semuanya jasa Syifa. Dah dia yang pilih Akash, bukan sebab aku. Semuanya kerana dia. Akash orang yang dia sayang, kita hanya melakukan apa yang perlu.” Jujur dia berkata-kata. 



Datin Suraya mengeluh lemah. Kalaulah Kalsom tahu apa yang berlaku..



“Berapa mama bayar kau?” Terkejut monyet Syifa. Matanya mencerlung memandang Adi Firkash. Amboi, amboi, amboi! Kau ingat aku lapar sangat dengan harta mak bapak kau? Syifa mendengus geram.



“ Dua juta. Puas hati?” Dia kembali menyikat rambutnya. Adi Firkash dibiarkan sepi. Malas nak melayan soalan bodoh macam tu.



Adi Firkash terkejut. Matanya terbeliak. Dua juta? Biar betul mama ni. Dah hilang akal ke apa? Dia mengepal penumbuk. Kakinya terus melangkah mendapatkan Syifa. Namun semua itu hanya sia-sia. Dia lupa yang dia buta. 



Syifa tersentak apabila mendengar sesuatu dilanggar dan Adi Firkash mengaduh kesakitan. Lantas dia berpaling ke belakang.



“ Haa, kan dah kena. Siapa suruh awak jalan-jalan kat sini. Duduk je atas katil awak tu. Kalau nak pergi mana-mana bagitahu saya. Degil betullah awak ni.” Syifa membebel geram. Dia mencapai lengan Adi Firkash untuk membantu dia bangun. Namun kudratnya yang tidak seberapa membuat Syifa jatuh kembali.



Matanya terbeliak luas. Hanya tinggal seinci sahaja lagi jaraknya dengan Adi Firkash. Jantung berdegup kencang. “ Betul ke mama aku bayar kau dua juta?” Adi Firkash memecah kebisuaan Syifa.



Syifa tersentak mendengar suara suaminya. Cepat-cepat dia tersedar. Hish, aku ni. Perasan sorang-sorang. Dia bukannya nampak aku pun. Syifa mengutuk diri sendiri.



“ Betul ke aku tanya?” Suaranya ditekan sedikit.



“ Kalau betul kenapa?” Syifa menguji Adi Firkash. Seronok!



“ Kau ni kan…” 



“ Tak kebulur lagi saya nak minta duit family awak. Saya tak sejahat tu. Berkahwin kerana harta. Saya ikhlas nak jaga awak. So, awak tak payah risau.” Sekali lagi tangan Adi Firkash dipegang. Tetapi Adi Firkash menarik kasar.



“ Penipu. Bukan kerana harta konon.” Adi Firkash membalas. 



Kesabaran Syifa menipis. “ Fikirlah apa yang awak nak fikir. Malas nak layan awak. Cepat bangun. Kalau tak saya tinggal je awak dekat sini. Then, awak bukannya nampak pun apa yang ada sekitar awak.” Syifa mengugut.



Adi Firkash terkedu. Segera dia berdiri. Tangannya menggapai tangan Syifa. Syifa senyum menyenget. Tahu takut.



“ Dah. Awak baring kat sini.” Tubuh sasa Adi Firkash dibaringkan di atas tilam. Selimut di kaki di tarik sehingga ke paras dada Adi Firkash.
“ Kau tidur sini juga ke?”



Syifa terdiam. Yelah, mana aku nak tidur? Apasal aku tak fikir pasal ni tadi? Dia mengaru-garu kepala. “ Malam ni saya tidur kat bilik sebelah kot.” 



Adi Firkash terperanjat mendengar jawapan Syifa. “ Kau jangan buat gila, Syifa. Nanti mama tahu, mati kau aku kerjakan.” 



Syifa mengetuk kepalanya. Aduh, kenapa aku tak terfikir pula. Aku kan dah kahwin. Adoi, susahlah macam ni.



Adi Firkash panik apabila seseorang sedang tidur di sebelahnya. Dahlah tak nampak apa-apa. 



“ Kau tidur sini juga ke?”



“ Dah tu awak nak suruh saya tidur mana? Dengan mak? Ke dengan ayah? Tidur jelah, saya tak buat apa-apa kat awak. Saya masih suci.” Syifa menjawab polos.



Akash terkejut mendengar jawapan Syifa. Biar betul minah ni. Namun, malas hendak berbalah pula kerana badan yang sudah lesu. Akhirnya dia terlelap di sisi isteri baru dinikahi petang tadi.



Keesokan harinya, Mak Som sibuk menyediakan sarapan. Berdentam-dentum bunyi kuali di atas dapur.



“ Kamu masak apa, Som?” Pak Dollah menuruni tangga penuh hati-hati. Isterinya dipandang penuh kasih sayang. 



“ Tak masak apa-apa pun, bang. Mee goreng je. Air kopi abang kat atas meja tu Som letak.” Mak Som masih leka mengacau makanan. 



“ Hah Syifa, mana suami kamu?” Pak Dollah menegur lembut anaknya. 



“Dalam bilik, ayah. Tengah siap-siap agaknya.” Dia menarik kerusi di sebelah ayahnya. Cekodok dicapai lalu disumbat ke dalam mulut.



“ Bertuah punya anak.” Tangan Syifa ditampar lembut. 



Syifa mengosok lembut tangannya. “Sakitlah, ayah..” rungutnya manja.



“ Haa, Syifa. Akash mana?” soal maknya pula. “ Ajak dia turun makan,” arah Mak Som sambil menghidang makanan di atas meja.



Syifa bingkas bangun. Dalam kemalasan dia melangkah pergi. “Awak, dah siap ke? Mak ajak turun.” Syifa menyandar di pintu. Matanya liar memandang Adi Firkash di atas tilam. 



“ Tak nak. Kau ajelah makan..”



Ish, degil tak sudah-sudah. Nasib kaulah, Syifa. “ Jangan degil boleh tak? Mengada..” balas Syifa geram. Tangan Adi Firkash di tarik lembut. “ Tongkat aku..”



“ Tak apa, biar saya jadi tongkat awak.” Dia terus memimpin tangan Adi Firkash. Penuh hati-hati dia menuruni tangga. Semakin erat pegangannya ke lengan Adi Firkash bimbang tersalah langkah. “Hati-hati.” Adi Firkash mengangguk.



Tiba-tiba, Adi Firkash tergelincir di anak tangga yang paling bawah sekali. Menyerbu darah naik ke muka. Mana taknya, pinggang Syifa erat dipeluk Adi Firkash. Mak dan ayah tersenyum penuh makna melihat mereka.



“ Hati-hati Akash, Syifa..” tegur mak.



“ Ya…ya, mak.” Syifa menepis tangan sasa Adi FIrkash yang elok berada di pinggangnya.



“ Tak sengajalah. Tak hingin pun. Aku kan tak nampak?” Adi Firkash berbisik di telinga Syifa. Tangannya cuba meraba-raba sesuatu supaya mudah berpegang. Tadi tak bagi aku bawa tongkat. Biar saya jadi tongkat awak konon. Adi Firkash mengejek.
Syifa yang melihat Adi Firkash meraba-raba terus menghulurkan tangannya. Dia memimpin suaminya ke meja makan.



“ Hari ini kamu pulang, Syifa?” Ayah bertanya sebaik sahaja Syifa melabuhkan punggungnya. 



“ A’ah, ayah. Lepas zohor kot.”



“ Kenapa tak tunggu esok je, Syifa?” Sambung emaknya pula.



“ Mana boleh, mak. Dah banyak hari Syifa cuti. Berlambak kerja kat office, mak.”



“ Semalam aje baru kamu kahwin, hari ni dah nak balik?” Suara emak berbaur sedih.



‘Ala, ni aku lemah ni. Asal balik je tak bagi pergi.’ Syifa bermonolog.



“ Akash, kamu pun nak balik hari ini juga?” Emak menyoal Akash. Syifa dah tayang muka pelik. Apa jadah soalan?



Pak Dollah mengerutkan dahinya. “ Apa kamu mengarut ni, Som? Dah Akash tu suami si Syifa, sah-sahlah dia balik hari ini kalau Syifa balik. Mestilah dia ikut isteri dia. Kamu ni, Som.” Pak Dollah menggelengkan kepalanya.



Adi Firkash senyum meleret. Lucu dengan soalan emak mertuanya. Mak Som tarik muncung itik.



Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 13

Bab 13

Jam meniti jam, hari silih berganti, bulan menjenguk diri. Antara tidak sedar kini hampir 3 bulan peristiwa itu berlaku. Di malam yang tenang itu, hati Syifa tidak setenang malam itu. Mengapa peristiwa seminggu yang lalu masih menghantui tidurnya. Mengapa begitu laser mulutnya berkata-kata.. siapa lelaki itu? Apakah keistimewaannya? Nak cakap handsome, Syifa kurang jelas rupa lelaki tersebut. Tapi mengapa dia sanggup mengaku yang lelaki itu sebagai tunangnya. Ah, tensionnya naik ke kepala.

“ Fa, ada orang datang nak jumpa kau.” Syifa berpaling ke arah Aneesa. Dahinya dikerutkan sehingga menampakkan garis-garis kedut. Aneesa menjungkitkan bahunya tanda tak tahu.

Dia mengatur langkah perlahan. Mengapa perasaannya tidak enak? Hatinya berdegup kencang. YA ALLAH, berikan aku kekuatan. Dia berdoa di dalam hati. Datin Suraya mengalih pandangan apabila bunyi derapan kaki sesorang. Syifa berhenti. Bibirnya agak kelu untuk berkata-kata. Namun dia menggagahkan diri untuk menyalami perempuan itu.

“ Datin? Ma.. macam mana Datin boleh tahu rumah saya?” soalnya perlahan. Masih lagi kekok. Apa dia buat kat sini malam-malam buta ni? Buat apa dia cari aku? Mungkin pasal malam tu kot. Tebak hatinya.

Datin Suraya tersenyum manis. Pipi gebu Syifa di usap lembut. Cantik! Desis hatinya. Mata Syifa yang galak dilengkapi dengan hidung yang cantik terletak menghasut Datin Suraya untuk terus menatap gadis di hadapannya.

Syifa serba salah. Kenapa dengan muka aku? Ada sisa makanan ke? Dia masih lagi menunduk.

“ Syifa..” Datin Suraya tidak menjawab soalan Syifa. Ianya hanya dibiarkan sekadar angin lalu.Tujuan utamanya lebih penting kini.

Aik! Macam mana dia tahu nama aku? Syifa pelik sendiri.

“ Nama auntie, Suraya.. Datin Suraya. Kamu boleh panggil apa je yang kamu suka..” Datin Suraya berjeda seketika. “ Saya ada sesuatu nak minta tolong dengan awak..” Datin Suraya bersuara lagi.

Syifa hanya mengangguk.

“ Apa maksud awak malam tu? Fiancé? Kenapa awak cakap macam tu?” Datin Suraya tak berselindung.

Ah sudah! Ish! Bonggok. Kan aku dah cakap mesti malam tu punya kes ni. Eee mulut, kenapalah kau celupar sangat? Kenapalah kau bengap sangat, Syifa Imani?? Dia mencubit-cubit pipinya.

“ Errr.. maaf auntie, Datin..” Syifa tersasul-sasul. “ Saya tahu saya salah. Saya tak sengaja, Datin. Maafkan saya. Saya tak ada niat apa-apa pun, Datin. Saya tahu, masakan saya setaraf dengan anak Datin. Walaupun anak Datin buta..” Syifa terkejut sendiri. Alamak, terlepas! “ Err, tak. Maksud saya ..maksud saya anak Datin..” Syifa hilang kata-kata. Dia menggelabah.

Datin suraya tersenyum. Lucu melihat kekalutan gadis di depannya. “ Kalau saya minta awak sesuatu boleh tak?” Syifa angkat muka. Datin Suraya mengukir senyum.

“ Tolong apa, Datin?”

“ Kahwin dengan anak saya.”

“ Apa? What?!” Dia berdiri terpacak. Terkejut dengan permintaan Datin Suraya. Mana mungkin dia nak kahwin. Kenal pun tak. “ Err, saya tak boleh.. Datin.” Jujur dia berkata. Datin suraya mengeluh kecewa.

Seminggu selepas itu, Syifa menghubungi Datin Suraya kembali. Dia bersetuju untuk berkahwin bukan kerana harta mereka. Tetapi kerana desakan maknya. Kalau tak, dia akan dikahwinkan dengan anak kawan maknya. Lagi tak ingin! Dan kerana satu perkara yang dia betul-betul perlukan pertolongan Datin Suraya. Hanya dia sahaja mampu menolong.

“ Syifa, kenapa termenung sorang-sorang ni?” Suara gemersik Mak Som menghalau segala lamunannya.

“ Eh, mak. Tak ada apa-apa, mak. Saja Syifa nak ambik angin kat luar ni.” Mak Som melabuhkan punggungnya di sebelah Syifa.

“ Kamu okey?” Syifa pelik. Dia melihat muka Mak Som. Apa maksud kata-kata mak tadi?

“ Esok kamu dah nak kahwin. Kamu dah bersedia nak jadi isteri orang? Tanggungjawab kamu berat. Suaminya kamu tak seperti orang lain.” Suaranya mengendur.

Syifa kembali merenung dada langit. ‘Buat apa sekarang baru mak nak tanya? Dah terlambat mak.’ Dia berkata-kata tetapi hanya di dalam hati.

“ Dah, mak. Kalau tak, masakan Syifa setuju nak kahwin. Siapa pun suami Syifa, Syifa redha. Dah itu jodoh Syifa. Lagipun, doa mak dimakbulkan. Siapa sangka pilihan hati Syifa adalah anak kawan mak yang mak nak jodohkan dengan Syifa dulu.” Perit dia mengukir senyum. Nampak kaku.

Mak Som mengangguk perlahan. Siapa sangka, lelaki pilihan anaknya adalah anak lelaki kawan lamanya iaitu Datin Suraya. Pada mulanya perkahwinan dibatalkan, namun siapa sangka jodoh itu masih lagi kuat. Dan akhirnya perkahwinan termaktub. Kalau dah jodoh, tak ke mana juga.

“ Dah lewat ni, bakal pengantin tak boleh berlama-lama. Esok majlis kamu.” Mak Som sudah mengangkat punggung daripada para rumah.

Syifa tersenyum manis. “ Mak masuklah dulu. Kejap lagi Syifa masuk. Nak tunggu inai ni kering kejap. Kat luar berangin, cepat kering daripada kat dalam tu.”

“ Kamu ni.. ada-ada je jawapan kamu.” Mak Som meninggalkan Syifa. Kakinya dihayun ke dapur untuk menyiapkan persiapan pada esok hari.

Syifa merenung dada langit. Sungguh indah malam ini. Malam terakhir dia bergelar anak gadis. Esok, apakah yang akan terjadi? Bagaimana kehidupan dia yang seterusnya? Pelbagai soalan menerjah mindanya.

Tidak diduga, tubir mata terasa panas. Seperti ada cecair mengalir di pipinya.

“ Abang..” Terasa sebak di dada seraya menyebut panggilan itu. Dia memegang erat dadanya. Kesedihannya tidak mampu dibendung lagi.

“ Abang, esok adik dah nak kahwin. Abang ada dekat mana? Mana abang pergi? Adik rindu abang.” Dia menangis teresak-esak. Syifa menyembamkan wajahnya di sebalik lutut. Terhenjut-henjut belakangnya menahan tangis.

Mak Som yang baru sahaja ingin mendapatkan Syifa kerana ada sesuatu yang perlu ditanya, berhenti di sebalik daun pintu. Dia mendengar setiap butir bicara anaknya. Mak Som menyandar sambil matanya dipejamkan. Setiap kali matanya terpejam, setiap kali itu bayangan anak sulungnya menari di ruang mata. “ Anakku…” Dia turut merasa sebak.

Mana mungkin dia melupakan anak yang dikandungnya selama 9 bulan. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. 16 tahun mereka tidak berjumpa. Ketika berita kehilangan anak sulungnya, Syifa masih lagi kanak-kanak. Seperti orang gila dia mencari di seluruh kampung, namun hampa. Sehingga kini berita tentang anak lelakinya itu tidak diketahui.

“ Som.. rempah-rempah yang nak guna pagi esok kamu letak kat mana?” Suara Mak Long kedengaran. Cepat-cepat dia menyeka air mata supaya mereka tidak perasan.

“ Dekat bawah kabinet sana tu,long.” Mak Som menunjukkan ke arah dapur. Kakinya dihayun laju ke dapur.

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 12

Bab 12
Siaran televisyen yang dipaparkan mengundang ketawa si penonton. Sekejap dia ketawa dan sekejap menangis. Aneesa membetulkan duduknya. Sekejap dia menyandar dan sekejap bersila. Deruman enjin di halaman rumah menganggu kontrensasinya. Dia mengalih pandangan ke arah pintu rumah.

Syifa Imani mematikan enjin kereta. Plastik makanan di tempat duduk sebelah dicapainya.

Pintu kereta ditutup, kakinya dihayun ke pintu.

“ CAAKK!!” Aneesa menyergah kawannya di balik muka pintu.

Syifa yang jelas terkejut terdorong ke belakang. Mujur dia sempat berpegang pada tiang, kalau tak makan pasirlah jawabnya.

“ Astaghfirullahalazim…Ya ALLAH, kau ni! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, fuhhh naik ke atas,” bidas Syifa sambil tangannya diangkat ke atas.

Aneesa ketawa galak. “Aku ingatkan kau dah tahu.” Dia menarik tangan Syifa kedalam rumah.

“ Kau beli makanan kat aku ke?” Tangannya terus mencapai plastik di tangan Syifa.

Syifa menggeleng sambil tersenyum. “ Amboi, tak menyempat-nyempat. Sakit apa macam ni, duduk tengok tv, suka-suka lagi. Kau sengaja ponteng kerja ek?” Syifa mengusik Aneesa.

“ Eh, mana ada. Sampai hati kau kan? Tadi aku sakit, tubuh ni panas hah! Sekarang je tak.” Tangan Syifa ditarik supaya menyentuh dahinya sambil tersengih-sengih.

Syifa koyak senyum. “ Yelah, yelah. Kau demam…demam kura-kura.” Syifa terus mengorak langkah meninggalkan temannya bersama senyum sindir di bibir.

“ Kau beli apa ni?” laung Aneesa dari jauh.

“ Tengok sendirilah. Mengada!” Syifa membalas tanpa melihat ke arah temannya.

Aneesa mencebik. “ Tanya pun tak boleh.” Dia membebel.

Baju T-shirt berwarna merah disarungkan ke tubuh. Rambut yang panjang mengurai disikat rapi. Ketukan bertalu-talu di pintu memaksa Syifa untuk membuka.

“Hah! Kau nak apa?” Tersembul wajah Aneesa yang sedang tersengih penuh makna.

Syifa mengangkat kening double jerk, tangan disilang antara satu sama lain. Manakala tubuhnya disandar ke dinding. Mesti ada apa-apa. Kalau tak, tak ada maknanya minah ni nak buat muka manis macam ni.

“ Teman, jom.” Aneesa mengedip-ngedipkan matanya.

Sah! Ajak aku keluarlah ni. Syifa tayang muka selamba. Dia buat bodoh.

“ Please..” Tangannya dilekatkan antara satu sama lain. Bibirnya pula dijuihkan. Macam comel je. Macam cantik je.

“ Yelah, yelah. Five minute.” Aneesa bersorak gembira.

“ Sayang kau.” Tubuh Syifa dipeluk dari belakang.

“Abang, cepatlah. Dah pukul berapa ni, bang?” Datin Suraya memanggil suaminya. “ Mak Mah, Akash mana?” Kini giliran pembantu rumah pula ditanya.

“Apa yang bising-bising ni, Sue? Kamu ni kalut sangat. Kita nak pergi makan je, bukan nak akad nikah,” tempelak Dato’ Azhar.

Datin Suraya menjegilkan matanya.

“ Mama dengan papa ni asyik gaduh je. Sweet sungguh Akash tengok.” Adi Firkash keluar bersama-sama pembantu rumah, Mak Mah. Dia memegang tongkat agar lebih mudah perjalanannya dan supaya tidak tersepak apa-apa barang. Matanya yang buta itu menyukarkan Adi Firkash untuk berjalan. Sekarang untuk ke mana-mana, dia perlukan seseorang untuk membantunya.

Tangan Adi Firkash disambut oleh Datin Suraya. “ Jom masuk kereta.” Datin Suraya memimpin dia ke kereta. Seminit kemudian Jaguar milik Dato’ Azhar keluar daripada pagar rumah. Adi Firkash hanya mampu merasai suasana malam, dia tak mampu melihatnya.

“ Cepatlah keluar. Tengok tu, dah nak penuh dah.” Aneesa menarik Syifa keluar. Restoran Ala Thai di hadapannya kini mula dipenuhi orang ramai.

“ Sabarlah! Tak sabar-sabar. Tak larinya restoran kau tu. Bukannya dia ada kaki,” bidas Syifa. Dia memasukkan kunci kereta ke dalam handbag. Aneesa sudah memanjangkan langkahnya. Sedar-sedar Aneesa sudah berada di kerusi yang hujung sekali. Tangannya melambai-lambai ke arah Syifa. Syifa koyak senyum.

“ Lapar sangat ke? Tadi baru je aku belikan kau makanan. Tak sampai 3 jam kau dah ketuk pintu bilik aku. Tak reti-reti kenyang ke?” Syifa membebel lalu menghenyakkan punggung di hadapan Aneesa.

Aneesa buat muka. “ Kau bawa balik pukul 5 petang, sekarang ni dah pukul berapa?” Aneesa menunjukkan jam tangannya kepada Syifa. “ Tengok luas-luas. Dah pukul 9.30 dah! Senget!”

“ Whatever..” Bahunya diangkat. Ketika dia menebarkan pandangannya di seluruh kawasan restoran, mata Syifa terhenti di satu tempat. Tiba-tiba satu perasaan aneh hinggap di hatinya. “Kesiannya.” Bibirnya mengeluarkan sepatah perkataan.

Aneesa berpaling ke arah yang dilihat oleh Syifa. “ Kau tengok apa tu? Siapa yang kesian?” Matanya meliar mencari sesuatu. Dia berpaling dua kali. ‘Biar betul!’

Syifa mengetap giginya kuat. Entah kenapa perasaan amarah berkumpul di dalam dada. Buat apa aku nak marah? Siapa mereka? Aku tak kenal pun. Akalnya berfikir. Tapi, ni dah kira kekejaman!

Aneesa mengalihkan semula matanya apabila makanan yang dipesan sudah tiba. Dia menyisip sedikit air di dalam gelas tinggi itu. Apabila dia ingin menyuap nasi goreng belacan ke dalam mulutnya, pergerakkan itu automatik terhenti. Matanya bulat memandang Syifa. ‘Nak pergi mana minah tu?’

“ Hey girls, you all nak kenal tak siapa lelaki yang buta di depan I sekarang ni?” angkuh Izora berkata-kata. Serentak perempuan-perempuan gedik itu menjawab.

“ Kalau you alls nak tahu, inilah Adi Firkash. Adi Firkash bin Dato’ Azhar. A hot guy, long time ago..” Izora berkata sinis disambut gelak ketawa oleh dayang-dayangnya.

Adi Firkash mengepal tangannya. Rasa malu menerpa diri. Kalaulah aku tak buta, mati kau aku kerjakan.. Izora! Adi Firkash menjerit di dalam hati. Tangannya cuba meraba-raba di mana tongkatnya berada.

Izora menyepak tongkat Adi Firkash apabila dia melihat tangan kekar itu cuba mencapainya. Hatinya mendongkol marah. Dendam aku belum terbalas! Rasakan Adi Firkash macam mana perasaan aku bila kau malukan aku tiga tahun lepas. Depan kawan-kawan kau, depan semua orang. Rasakan Adi Firkash! Izora mengetap gigi sehingga terhasil bunyi.

Syifa yang melihat dari jauh rasa terbakar. Tiba-tiba hadir satu perasaan yang aneh. Bukan kesian, tapi marah, sakit hati seakan-akan lelaki tersebut seperti suaminya sendiri. Perasaan itu seperti maruah yang sedang dicarik-carikkan.

“ Buatlah apa yang kau inginkan, Izora. Balaslah apa yang kau tidak puas hati. Aku terima. Mungkin apa yang terjadi pada aku sekarang adalah balasan-balasan untuk dosa-dosa aku dahulu. Aku redha. Satu perkara kau perlu ingat, ALLAH MAHA ADIL. Dia akan balas apa yang hamba dia lakukan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.” Adi Firkash cuba untuk berdiri. Dia berpegang pada semua yang dia sempat capai.

Berdesing peluput telinga Izora. Hatinya semakin panas membara. Terdiam dia sebentar mendengar kata-kata Akash. Dia mengerling segelas air di atas meja. Satu idea jahat muncul. Izora senyum tipis.

Syifa seperti dapat membaca fikiran jahat Izora, dia terus berlari mendapatkan lelaki itu. Dia menahan tubuhnya. Habis basah kuyup tudung dan bajunya akibat simbahan air daripada Izora. Izora terperanjat manakala Adi Firkash terpinga-pinga. Siapa? Mama ke? Aneesa terlopong melihat kejadian di hadapannya. ‘What the heck? Berani betul.’

Syifa dengan selamba mengibas-ngibas bajunya yang basah kuyup. Wajahnya bersederhana tanpa ada riak marah mengundang kemarahan Izora. Dia seakan-akan tercabar. Tindakan berani daripada perempuan yang tak dikenali itu membuat dirinya diketawakan. Malah dengan sopannya Syifa membantu Adi Firkash berdiri. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu lelaki buat itu berdiri.

“ Siapa kau?!” Oktaf suara Izora berubah tinggi.

“ Kau rasa-rasa aku siapa?” Syifa membalas dengan soalan.

“ How dare you..”

“ How dare you ruin my day. How could you do all this rubbish things in front of me! How dare you touch my fiancé.” Syifa memotong kata-kata Izora. Matanya mencerlung melihat Izora. Nampak kecil-kecil je perempuan di depannya sekarang. Macam nak ditelan-telan saja!

Izora tergamam. Malu diperlakukan seperti itu. Berani sungguh perempuan ini. Dayang-dayangnya juga diam membisu. Pelanggan-pelanggan di situ turut melihat drama mereka. Tak tahu nak letak kat mana mukanya. Sesaat, dua saat Izora mengangkat kaki dan terus pergi dari situ diikuti dayang-dayangnya.

“ Fa, what happened?” Aneesa terus mendapatkan temannya itu. Dia tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.

Datin Suraya dan Dato’ Azhar juga mendapatkan Adi Firkash. Dari jauh mereka melihat pertelingkahan itu. Hanya sebentar sahaja mereka meninggalkan Adi Firkash untuk ke bilik air, bila balik, tengok-tengok dah bergaduh.

“ Akash, Akash okey? Ada sakit kat mana-mana tak?” Datin Suraya membelek-belek tubuh Adi Firkash takut-takut terluka ketika jatuh tadi. Tambahan pula, baru 3 minggu Adi Firkash dibenarkan pulang, belum sihat sepenuhnya lagi. Anaknya menggeleng lemah.

Dato’ Azhar mengalihkan pandangan ke arah Syifa. Syifa tunduk menikus. Jantungnya berdegup kencang. ‘Pelik! Tadi bukan main lagi berani. Sekarang penakut pula.’ Aneesa berbisik.

“ Terima kasih,” ucap Dato’ Azhar sambil tersenyum.

Mereka berlalu pergi meninggalkan restoran tersebut. Syifa juga turut menarik lembut tangan kawannya menuju ke kereta.

Aneesa terpinga-pinga. “ Makanan?” Tangannya menunjuk ke arah tempat duduk mereka sebentar tadi.

“ Biarkan. Esok-esok kita makan,” balas Syifa. Aneesa mengaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak faham apa yang berlaku.

“Tapi aku lapar kot. Tak makan lagi.” Dia buat muka kesian. Perutnya ditekan-tekan.

Syifa mengerling sahabatnya di sisi. Muka kesian Aneesa menjentik tangkai hatinya. Lalu kereta diberhentikan di gerai tepi jalan. Aneesa angkat muka. Dia menoleh ke luar tingkap.

“Kenapa stop? Kau nak buat apa kat sini?” soalnya tidak mengerti.

Syifa hanya tersenyum. Dia keluar daripada kereta. Manakala Aneesa hanya menunggu di dalam.

“Nah..” hulur Syifa. Enjin kereta di hidupkan semula.

“For me..?” Syifa mengangguk. Senyuman jelas terukir di bibir Aneesa. “Thanks… Sayang kau.” Dia memeluk erat bungkusan nasi itu.