Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 4

Bab 4

“Kalau Akash cakap tak nak, maknanya Akash tak nak. Mama jangan paksa Akash boleh tak?” Adi Firkash membentak kasar. Dia mengatur langkah keluar daripada bilik. Rimas! Kena paksa macam budak kecil.

“Akash, please nak? Mama kenal benar dengan dorang. Mama pasti Akash takkan menyesal.” Datin Suraya berkeras. Dia membuntuti langkah Adi Firkash yang menuruni tangga.

“Buat apa semua tu mama kalau Akash tak berminat..” dia berjeda seketika. Kakinya terus melangkah laju menuruni anak tangga.. “ Then, yang paling penting I’m not ready yet!” cubalah faham wahai mama tersayang. Akash berbicara di dalam hati. Berharap agar mamanya cuba memahami.

Datin Suraya berhenti apabila Akash berpaling secara mendadak. Bertuah punya anak!
“Nak tunggu Akash ready, sampai bila? Sampai ke tua? Macam tu?” Datin Suraya tarik muncung.

Arh, sudah. Mama dah mula rajuk dia. Susahlah macam ni! Adi Firkash menggaru kepala yang tidak gatal.

“Kalau ada jodoh, adalah tu mama. Kita berserah je okey?” sengih Adi Firkash.
“Mama..”

“Sudah-sudah la tu mama dia. Kalau budak tu dah tak nak, jangan dipaksa.” Belum sempat Datin Suraya menghabiskan ayatnya, Dato’ Azhar menyampuk.
Akash tersenyum bahagia. Dia mendapatkan papanya yang sedang menonton tv lalu duduk di sebelah.

“Hah! Dengar tu mama. Papa ni bestlah!” Akash menepuk manja bahu Dato’ Azhar. Dalam perkara yang sebegini, papa lebih suka untuk tidak memaksa anak-anaknya. Kata papa, hal anak-anak, kita jangan masuk campur, biar diorang yang buat keputusan. Yang baik kita sokong, yang tak elok kita nasihat.Sporting habis gitu hah!

“Abang ni pun satu, sokong sangat Akash buat apa-apa. Manjakan sangat anak, macam ni lah jadinya. Tak dengar cakap orang tua.” Bebel Datin Suraya. Muncung itik ditarik sedepa.

Dato’ Azhar ketawa lucu melihat rajuk isterinya. Suraya, Suraya, macam budak-budak. Sikit-sikit nak merajuk.

“Mama, Akash bukan tak nak kahwin. Akash cuma..”

“Cuma apa?!” soal Datin Suraya bengang.

Akash terperanjat. Air yang diminum hampir tersembur. Mama ni! Terkejut aku. Buat ke tersedak, tak pasal-pasal mati aku. “ Cuma Akash tak naklah. Muda lagi ni mama, buat apa kahwin awal-awal?” Sambung Akash tersengih-sengih.

Datin Suraya mencebik. Geram hatinya dengan perangai Akash. Asal cakap pasal kahwin je, nak mengelak. Dato’ Azhar mengeleng melihat keletah anak dan isterinya. Bergaduh soal kahwin. Sorang tak nak kahwin, yang sorang lagi suruh kahwin.

“Sue, biarlah. Kalau ada jodoh ada lah tu. Benda-benda macam ni kita tak boleh paksa anak-anak. Mereka dah besar panjang dah, biarlah diorang buat keputusan sendiri.” Dato’ Azhar menyampuk. Bimbang kalau dibiarkan, jadi makin melarat nanti.

“ Abang senanglah cakap. Biar diorang buat keputusan sendirilah, apalah. Sebab kita bagi diorang buat keputusan sendirilah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Abang ingat umur Akash tu baru 20 ke? Dah 27 dah bang oi. Dah boleh jadi suami orang dah pun. Kalau Sue tak paksa dia kahwin, takde maknanya dia nak kahwin awak oi.” Datin Suraya mengeras. Akash diam tak terkata. Isu ini menjadi semakin serius.

“Dah tu awak nak paksa dia kahwin macam mana, kalau dah dia tak nak. Nanti tak pasal-pasal dia anayai anak orang. Awak ingat ni cerita novel, lama-lama bahagia. Kalau bahagia, kalau tak? Awak nak salahkan siapa? Awak, ke saya?” Dato’ Azhar mula tegang.

Akash mula serabut. Perbualan menjadi semakin tegang. Kalau dibiarkan makin teruk. “Sudah-sudah! Akash cakap stop! Mama dengan papa tak perlu gaduh, ni hak Akash, hidup Akash. Keputusan Akash muktamad! Akash tak nak kahwin dengan sesiapa, cantik macam bidadari ke, puteri ke, Barbie ke, Akash tak nak! FULLSTOP! Tolong jangan cakap dengan Akash lagi pasal ni. Akash tak mahu dengar apa-apa.” Tiba-tiba suaranya dilantangkan. Akash benar-benar serabut.

Dato’ Azhar dan Datin Suraya bungkam. Mereka terkedu melihat Akash tiba-tiba naik angin dan berlalu pergi. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

“Awak punya pasallah ni.” Dato’ Azhar menyalahkan isterinya.

“Awaklah.” Datin Suraya tidak mahu mengalah.

Akash mendengus kasar. Stereng kereta dihentak kasar. Arh! Tension aku! Kahwin, kahwin, kahwin. Takde benda lain ke nak suruh aku buat. Stress!!

Pedal minyak ditekan laju keluar daripada banglo mewah tersebut. Hatinya yang ralat perlu dihiburkan. Datin Suraya bergegas keluar mendengar deruam enjin kereta Akash. Kerisauan mula melanda diri. Hatinya tidak sedap melihat Akash keluar malam ini. Namun sudah terlambat untuk menghalang. Hanya keluhan lemah mampu dilakukan.

Setibanya Akash di Zouk club, dia disambut mesra oleh teman-temannya. Hakim, Syafik dan Asyraf saling berpelukan. Malam minggu, apa yang nak ditensionkan, kita enjoy. Itulah prinsip kehidupan mereka berempat. Buang masa di club sambil mencuci mata.
“Kenapa muka macam tayar kena penyek je aku tengok. Cool lah bro.” Hakim menumbuk bahu Akash.

“Apa lagi, jom terjahlah wei. Buang masa je kat luar ni.” Syafik mengatur langkah masuk ke dalam club. Bunyi bising yang membingitkan telinga menambahkan serabut di kepala Akash. Hanya beberapa minit dia berada di dalam, Akash meminta diri untuk pulang. Walhal, selama ini dialah hantu club. Selagi jarum jam tak mencecah pukul 4 pagi, selagi tu lah dia terkinjal-kinjal seperti monyet di dalam club. Tapi malam ini, ada sesuatu yang buat dia tak mampu berlama di dalam club.

Otaknya berserabut. Isu yang menjadi perbalahan antara papa dengan mama, menganggu fikirannya. Pedal minyak ditekan laju. Akash tak sedar keretanya sudah bergerak pada kelajuan yang maksima. Tiba-tiba matanya kabur. Ada cahaya yang terang benderang entah dari mana munculnya. Pandangan Akash semakin kabur dan kabur. Akhirnya dia tidak sedarkan diri. Dia seakan-akan berada di alam yang lain. Asing dan menjanggalkan.

No comments:

Post a Comment