Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 13

Bab 13

Jam meniti jam, hari silih berganti, bulan menjenguk diri. Antara tidak sedar kini hampir 3 bulan peristiwa itu berlaku. Di malam yang tenang itu, hati Syifa tidak setenang malam itu. Mengapa peristiwa seminggu yang lalu masih menghantui tidurnya. Mengapa begitu laser mulutnya berkata-kata.. siapa lelaki itu? Apakah keistimewaannya? Nak cakap handsome, Syifa kurang jelas rupa lelaki tersebut. Tapi mengapa dia sanggup mengaku yang lelaki itu sebagai tunangnya. Ah, tensionnya naik ke kepala.

“ Fa, ada orang datang nak jumpa kau.” Syifa berpaling ke arah Aneesa. Dahinya dikerutkan sehingga menampakkan garis-garis kedut. Aneesa menjungkitkan bahunya tanda tak tahu.

Dia mengatur langkah perlahan. Mengapa perasaannya tidak enak? Hatinya berdegup kencang. YA ALLAH, berikan aku kekuatan. Dia berdoa di dalam hati. Datin Suraya mengalih pandangan apabila bunyi derapan kaki sesorang. Syifa berhenti. Bibirnya agak kelu untuk berkata-kata. Namun dia menggagahkan diri untuk menyalami perempuan itu.

“ Datin? Ma.. macam mana Datin boleh tahu rumah saya?” soalnya perlahan. Masih lagi kekok. Apa dia buat kat sini malam-malam buta ni? Buat apa dia cari aku? Mungkin pasal malam tu kot. Tebak hatinya.

Datin Suraya tersenyum manis. Pipi gebu Syifa di usap lembut. Cantik! Desis hatinya. Mata Syifa yang galak dilengkapi dengan hidung yang cantik terletak menghasut Datin Suraya untuk terus menatap gadis di hadapannya.

Syifa serba salah. Kenapa dengan muka aku? Ada sisa makanan ke? Dia masih lagi menunduk.

“ Syifa..” Datin Suraya tidak menjawab soalan Syifa. Ianya hanya dibiarkan sekadar angin lalu.Tujuan utamanya lebih penting kini.

Aik! Macam mana dia tahu nama aku? Syifa pelik sendiri.

“ Nama auntie, Suraya.. Datin Suraya. Kamu boleh panggil apa je yang kamu suka..” Datin Suraya berjeda seketika. “ Saya ada sesuatu nak minta tolong dengan awak..” Datin Suraya bersuara lagi.

Syifa hanya mengangguk.

“ Apa maksud awak malam tu? FiancĂ©? Kenapa awak cakap macam tu?” Datin Suraya tak berselindung.

Ah sudah! Ish! Bonggok. Kan aku dah cakap mesti malam tu punya kes ni. Eee mulut, kenapalah kau celupar sangat? Kenapalah kau bengap sangat, Syifa Imani?? Dia mencubit-cubit pipinya.

“ Errr.. maaf auntie, Datin..” Syifa tersasul-sasul. “ Saya tahu saya salah. Saya tak sengaja, Datin. Maafkan saya. Saya tak ada niat apa-apa pun, Datin. Saya tahu, masakan saya setaraf dengan anak Datin. Walaupun anak Datin buta..” Syifa terkejut sendiri. Alamak, terlepas! “ Err, tak. Maksud saya ..maksud saya anak Datin..” Syifa hilang kata-kata. Dia menggelabah.

Datin suraya tersenyum. Lucu melihat kekalutan gadis di depannya. “ Kalau saya minta awak sesuatu boleh tak?” Syifa angkat muka. Datin Suraya mengukir senyum.

“ Tolong apa, Datin?”

“ Kahwin dengan anak saya.”

“ Apa? What?!” Dia berdiri terpacak. Terkejut dengan permintaan Datin Suraya. Mana mungkin dia nak kahwin. Kenal pun tak. “ Err, saya tak boleh.. Datin.” Jujur dia berkata. Datin suraya mengeluh kecewa.

Seminggu selepas itu, Syifa menghubungi Datin Suraya kembali. Dia bersetuju untuk berkahwin bukan kerana harta mereka. Tetapi kerana desakan maknya. Kalau tak, dia akan dikahwinkan dengan anak kawan maknya. Lagi tak ingin! Dan kerana satu perkara yang dia betul-betul perlukan pertolongan Datin Suraya. Hanya dia sahaja mampu menolong.

“ Syifa, kenapa termenung sorang-sorang ni?” Suara gemersik Mak Som menghalau segala lamunannya.

“ Eh, mak. Tak ada apa-apa, mak. Saja Syifa nak ambik angin kat luar ni.” Mak Som melabuhkan punggungnya di sebelah Syifa.

“ Kamu okey?” Syifa pelik. Dia melihat muka Mak Som. Apa maksud kata-kata mak tadi?

“ Esok kamu dah nak kahwin. Kamu dah bersedia nak jadi isteri orang? Tanggungjawab kamu berat. Suaminya kamu tak seperti orang lain.” Suaranya mengendur.

Syifa kembali merenung dada langit. ‘Buat apa sekarang baru mak nak tanya? Dah terlambat mak.’ Dia berkata-kata tetapi hanya di dalam hati.

“ Dah, mak. Kalau tak, masakan Syifa setuju nak kahwin. Siapa pun suami Syifa, Syifa redha. Dah itu jodoh Syifa. Lagipun, doa mak dimakbulkan. Siapa sangka pilihan hati Syifa adalah anak kawan mak yang mak nak jodohkan dengan Syifa dulu.” Perit dia mengukir senyum. Nampak kaku.

Mak Som mengangguk perlahan. Siapa sangka, lelaki pilihan anaknya adalah anak lelaki kawan lamanya iaitu Datin Suraya. Pada mulanya perkahwinan dibatalkan, namun siapa sangka jodoh itu masih lagi kuat. Dan akhirnya perkahwinan termaktub. Kalau dah jodoh, tak ke mana juga.

“ Dah lewat ni, bakal pengantin tak boleh berlama-lama. Esok majlis kamu.” Mak Som sudah mengangkat punggung daripada para rumah.

Syifa tersenyum manis. “ Mak masuklah dulu. Kejap lagi Syifa masuk. Nak tunggu inai ni kering kejap. Kat luar berangin, cepat kering daripada kat dalam tu.”

“ Kamu ni.. ada-ada je jawapan kamu.” Mak Som meninggalkan Syifa. Kakinya dihayun ke dapur untuk menyiapkan persiapan pada esok hari.

Syifa merenung dada langit. Sungguh indah malam ini. Malam terakhir dia bergelar anak gadis. Esok, apakah yang akan terjadi? Bagaimana kehidupan dia yang seterusnya? Pelbagai soalan menerjah mindanya.

Tidak diduga, tubir mata terasa panas. Seperti ada cecair mengalir di pipinya.

“ Abang..” Terasa sebak di dada seraya menyebut panggilan itu. Dia memegang erat dadanya. Kesedihannya tidak mampu dibendung lagi.

“ Abang, esok adik dah nak kahwin. Abang ada dekat mana? Mana abang pergi? Adik rindu abang.” Dia menangis teresak-esak. Syifa menyembamkan wajahnya di sebalik lutut. Terhenjut-henjut belakangnya menahan tangis.

Mak Som yang baru sahaja ingin mendapatkan Syifa kerana ada sesuatu yang perlu ditanya, berhenti di sebalik daun pintu. Dia mendengar setiap butir bicara anaknya. Mak Som menyandar sambil matanya dipejamkan. Setiap kali matanya terpejam, setiap kali itu bayangan anak sulungnya menari di ruang mata. “ Anakku…” Dia turut merasa sebak.

Mana mungkin dia melupakan anak yang dikandungnya selama 9 bulan. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. 16 tahun mereka tidak berjumpa. Ketika berita kehilangan anak sulungnya, Syifa masih lagi kanak-kanak. Seperti orang gila dia mencari di seluruh kampung, namun hampa. Sehingga kini berita tentang anak lelakinya itu tidak diketahui.

“ Som.. rempah-rempah yang nak guna pagi esok kamu letak kat mana?” Suara Mak Long kedengaran. Cepat-cepat dia menyeka air mata supaya mereka tidak perasan.

“ Dekat bawah kabinet sana tu,long.” Mak Som menunjukkan ke arah dapur. Kakinya dihayun laju ke dapur.

No comments:

Post a Comment