Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 5

Bab 5

Datin Suraya tergamam. Telefon di tangan jatuh ke lantai. Air mata mula bergenang di kelopak mata. Bila-bila masa sahaja empangan itu akan pecah. Kakinya tak mampu menampung berat badannya. Akhirnya Datin Suraya jatuh terjelopok ke lantai dengan esak tangisan. Dato’ Azhar yang kebetulan turun daripada tangga terkedu melihat isterinya yang basah dengan tangisan. Cepat-cepat dia mendapatkan isterinya.

“Sue, awak kenapa?” dia bertanya kerisauan. Hatinya berombak laju, dapat merasakan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. Pandangan di kalih ke bilik Akash. ‘Masih belum pulang. Ke mana budak bertuah ni pergi!’ hatinya membebel marah.
Dato’ Azhar cuba memapah bangun isterinya, namun kudratnya tak mampu mengangkat tubuh montok isterinya.

“Suraya, cuba awak bangun dan cerita dengan abang. Kenapa dengan kamu ni. Macam mana boleh ada kat sini. Menangis macam budak kecil. Cuba cerita sikit.” Dato’ Azhar memujuk lembut isterinya. Tubuh isteri cuba dipapah.

“Ak…Akka..Abang..” Dato’ Azhar tayang muka pelik. Apa yang isterinya cuba nak bagitahu. Hatinya mula merasa tidak sedap.

“Apa? Cuba cakap elok-elok bagi abang faham.”

“Anak kita.. Akka..Akkash bang.” Serta merta darah naik ke muka. Terkejut dengar apa yang diberitahu. Pucat lesi wajah orang tua itu.

Akash cuba menggerakkan tangannya. Habis sakit seluruh badan. Seperti disiat-siat kulit isinya. Namun dia cuba mengagahkan dirinya untuk bangun dari tempat asing itu. Dia amat takut. Sekelilingnya penuh dengan kegelapan. Hanya dihujung sana ada sedikit cahaya putih yang terang. Tetapi bila Akash cuba mendekatinya, cahaya itu seakan-akan hilang. Semakin Akash hampir, semakin hilang cahaya tersebut. Dan akhirnya, cahaya itu terus lesap. Akash menjerit ketakutan.

Dia terbangun dari tidur. Seketika, dia nampak cahaya itu kembali. Wajah mama, papa yang basah lencun dek airmata jelas terbayang di ruang mata.

“Akash..sayang” jelas kedengaran suara mama sedang memanggil.

Namun hanya seketika wajah itu sempat ditatap. Akash kembali berada dalam kegelapan. “Mama, tolong Akash mama. Akash takut. Gelap sangat mama.” Tangannya cuba menggapai tangan tua mamanya.

Datin Suraya dan Dato’ Azhar berpandangan sesama sendiri. Mereka terkejut. Mana mungkin gelap, lampu sudah sedia terpasang. Lagipun sekarang siang hari, mana mungkin gelap. Hati Datin Suraya berbicara.

Gulp!! Nyawanya seakan-akan di tarik pergi. Jangan-jangan, Akash..

“Tidak. Tidak bang. Tak mungkin..” Datin Suraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mendapatkan suaminya yang berada di bucu katil. Sekali lagi air matanya tumpah. Tak sanggup melihat keadaan Akash yang sudah.. hendak menyebut perkataannya pun sudah tidak sanggup, apatah lagi nak menerimanya. Kasihan Akash.

“Sabar Sue.. bawak bersabar. Jangan fikir yang bukan-bukan. Shh..sshhh.. Lap air mata awak. Berhenti menangis. Akash tak boleh tengok kita macam ni sayang,” Dato’ Azhar memujuk isterinya. Bahu si isteri diusap lembut.
“Mama..” Akash cuba memanggil Datin Suraya sekali lagi apabila mamanya diam membisu.
“Ye sayang. Mama ada kat sini.” Datin Suraya melepaskan pelukan suaminya lalu mendapatkan Akash. Pipi Akash diusap lembut.

“Kenapa Akash tak nampak apa-apa. Akash kat mana ni mama. Kenapa badan Akash sakit sangat mama. Akash takut ma. Gelap sangat ni mama. Buka la lampu ma. Kenapa mama tutup lampu. Akash tak nampak mama.” Akash menyoal polos. Tangannya terkapai-kapai mencapai sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Hati Datin Suraya kembali bersedih.

“Shh.. Sabar sayang. Akash dekat hospital..” dia berjeda seketika menahan sebak. “Semalam Akash kemalangan. Masa Akash keluar semalam. Akash tak ingat?” Datin Suraya menahan air mata. Belakang Akash diusap perlahan. Akash hanya mampu menggeleng kepala. Sungguh dia tak ingat apa-apa yang berlaku semalam.

“Sakit..” Akash memegang kepalanya. Semakin dia cuba mengingati sesuatu, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Abang, kenapa ni. Kenapa dengan Akash. Akash.. sayang..” Datin Suraya pucat. Akash meronta-ronta sakit kepala. Dato’ Azhar bergegas mendapatkan Akash. Tubuh Akash dipegang sekuat mungkin agar tidak terhantuk di mana-mana.

“Doktor!”

“Doktor!” kali ini lebih kuat. Bergegas jururawat dan doktor masuk ke dalam bilik apabila Dato Azhar memanggilnya.

“Dato’, datin, keluar dulu. Kami perlu memeriksa pesakit.” Tubuh Datin Suraya dan Dato’ Azhar ditolak lembut oleh jururawat tersebut. Tanpa banyak songeh mereka keluar daripada bilik Akash.

“Abang.. Sue takut..”

“Dah-dah. Takde apa yang berlaku. Kita berdoa saja. INSYALLAH, Akash akan sihat.” Dato’ Azhar memeluk erat bahu isterinya. Sungguh, dia sendiri tak tahu nak buat apa-apa. Hanya mampu berserah.

No comments:

Post a Comment