Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 8

Bab 8

Jam meniti jam, hari meniti hari, kini genaplah seminggu Adi Firkash terlantar di hospital. Dia melontar jauh pandangannya namun tiada beza. Berita yang didengarinya seminggu lepas, meragut segala kebahagiaannya. Adi Firkash terbaring lesu. Segala pinjaman-NYA kini ditarik kembali. Tinggallah Adi Firkash yang serba kekurangan.

Derap kaki seseorang menganggu kontrensasi Adi Firkash. Dia cuba mengamati langkah yang semakin menghampiri. Untuk melihat, dia tak mampu.

“ Siapa?” Adi Firkash menyoal sendiri.

“ Mama menganggu Akash ke?” Datin Suraya mendekati katil anaknya. Pipi anaknya diusap lembut. Adi Firkash tahu suara itu milik mamanya. Dia cuba menjauhkan tangan mama daripada pipinya. Adi Firkash masih berjauh hati dengan Datin Suraya.

Datin Suraya terpana. Semakin hari Adi Firkash semakin jauh daripadanya. Dia sedar, anaknya menyalahkannya seratus-peratus atas kemalangan yang berlaku tempoh hari. Mungkin ada betulnya juga.

“ Kash, mama ada bawa makanan kegemaran Akash. Mama suapkan ye?” Datin Suraya cuba berlembut. Dia faham keadaan Akash. Dan dia tidak menyalahkan Akash seratus-peratus. Dia harus menambat hati anaknya kembali.

Akash hanya geleng kepala. Jiwanya kosong, begitu juga dengan hidupnya pada masa akan datang.

“ Makanlah sikit, sayang. Nanti Akash jatuh sakit lagi.” Suaranya cuba dikendurkan sebaik mungkin. Walaupun perasaannya terguris, dia harus sabar dengan semua itu.

“ Lebih baik Akash sakit daripada hidup. Kalau mati lagi bagus.”

Datin Suraya terpana. “Apa yang Akash mengarut ni? Akash..”

“ Kalau aku hidup sekalipun, kau boleh ke kembalikan penglihatan aku?!” Suara Akash lantang. Bergema seluruh bilik hospital.

Dato Azhar yang baru ingin memulas tombol pintu, tergamam seketika. Dari luar lagi suara Akash kedengaran.

“ Akash!!” Kini suara Dato Azhar pula bergema. “ Akash ingat sikit dengan siapa kamu bercakap?? Papa tak ajar kamu untuk kurang ajar dengan ibu kamu sendiri. Papa tak pernah ajar kamu semua tu, Adi Firkash!” Rahangnya bergerak-gerak mengepung amarah. Kini kedua-dua anak-beranak itu beradu mata.

“ Abang, Akash. Sudah-sudahlah tu. Malu kalau orang dengar.” Air mata yang menemani sedari tadi dilap penuh sendu. Sungguh. Hatinya terguris dengan kata-kata Akash. Belum pernah Akash meninggikan suara kepadanya. Mungkin keadaan yang membuat Akash seperti itu. Tebak hatinya.

“ Abang tak pernah ajar dia semua tu, Sue. Abang tak pernah ajar dia kurang ajar. Belum cukup lagi ke ajaran yang papa bagi dekat kamu sampai begitu sekali kamu meninggikan suara dekat mama? Belum cukup ke, Akash?” Suaranya bergetar menahan amarah.

Akash tunduk ke lantai. Walaupun seluas mana dia celik, dia tak nampak apa-apa. Hakikatnya dia buta. Buta penglihatan. Macam mana dia nak hidup?

“ Kalau mama tak paksa Akash kahwin malam tu, kalaulah mama tak cakap pasal perkahwinan, Akash takkan keluar rumah kan? Akash takkan serabut kan? Akash takkan kemalangan kan? Dan Akash takkan buta kan?!” Sinis dia berkata-kata. Suaranya ditekankan pada ayat terakhir. Datin Suraya tunduk memandang lantai seperti seorang pesalah.

Dato Azhar bungkam. “ Astafirullahalazim, Akash. Papa tak sangka ini yang kamu fikir selama ini? Ini yang ada dekat kepala otak kamu? Tak pernah ke kamu nak fikir ini adalah takdir! Dugaan yang harus kamu terima. Tapi apa yang kamu buat? Menyalahkan mama kamu sendiri! Sekarang papa nak tanya, kamu ke mama yang bawa kereta? Kamu ke mama yang menyebabkan kamu accident?” soal Dato Azhar geram. Mujur lengannya dipegang oleh isterinya. Kalau tak, tak tahu apa yang akan jadi.

Kalau ikutkan hati yang tengah panas, memang makan penamparlah kalau ada anak yang kurang ajar macam ni. Akash diam membisu. Ada betul juga kata-kata papanya.

‘Tapi, siapa boleh terima kalau tiba-tiba anugerah itu ditarik? Belum puas lagi tengok keindahan dunia, tapi..’ Akash meramas-ramas rambutnya. Otaknya berserabut.

Dato Azhar menyandar lesu didinding. Jelas kerisauan di wajahnya. Kenapa harus jadi begini? Datin Suraya mengalih pandangannya ke arah Akash, silih berganti dengan suaminya. Dia meraup wajahnya. Sungguh berat ujian yang diberikan, YA ALLAH.

Hakim mengatur langkah menuju ke bilik temannya, Adi Firkash. Ketika mama Akash menghubunginya, Hakim baru sahaja usai mandi. Nak melawat pun, sudah lewat malam. Hakim memulas tombol pintu bilik Akash. Tersembul wajah Dato Azhar dan Datin Suraya.

Dato Azhar koyak senyum. “ Uncle..” Tangan tua milik Dato’ Azhar disalam penuh hormat. “Akash macam mana, auntie?” Kini giliran Datin Suraya pula disoal.

Akash angkat muka apabila namanya diseru. Dia merasakan ada orang lain berada dibilik itu, tapi siapakah gerangannya, dia tak pasti. Sekali lagi Akash terkejut apabila merasakan tangannya digenggam erat.

“ Akash..” panggil Hakim lembut.

Serta merta tubuhnya dipeluk erat. “ Kim, aku…aku..” Akash tergagap-gagap. Belakangnya digosok lembut oleh Hakim. Mungkin Hakim dapat merasakan derita yang dia tanggung sekarang. Mungkin.

“ Aku minta maaf, Kash. Aku tak segera datang walaupun aku dapat berita lebih awal. Auntie terus call aku bila tahu kau accident. Tapi keadaan tak mengizinkan aku datang.” Dia mengambil tempat di sebelah Akash. Dato Azhar dan Datin Suraya awal-awal lagi sudah keluar. Memberi ruang kepada mereka barangkali.

“ Aku faham. Kau datang ni pun dah cukup bagi aku. By the way, yang lain tak datang sekali ke, Kim?” Akash meraba-raba tubuh Hakim. Hakim serba salah nak bagitahu. Bukan dia tak ajak, tapi..

“ Kim,..”

“ Hah? Err..Dah. aku dah ajak dah. Tapi, kau tahulah kan. Masing-masing busy dengan kerja, nanti diorang free diorang datanglah tu.” Hakim berdalih.

Akash mengganguk faham. Sebak hatinya melihat Akash seperti itu. Berbeza sungguh dengan Akash yang dulu. Akash yang dulu seorang yang berkarisma, berkerjaya dan segak. Tapi sekarang, jambang tumbuh meliar, kurus kering. Sungguh berbeza sekali.

“ Macam mana boleh jadi macam ni, Kash?”

Akash menarik nafas panjang. Sungguh berat keluhannya. Air liur ditelan kesat bila mengingatinya kembali. Kalaulah semuanya tidak berlaku. Mungkin sekarang.. keluhan yang entah ke berapa kali dilepasnya lagi.

“ Okey, okey. Aku faham. Kalau kau tak nak bercerita, it’s okey. Aku faham. Cuma sekarang, aku doakan kau cepat-cepat sembuh. Syarikat perlukan kau, semua orang perlukan kau. Dan aku pun perlukan kau. Aku harap kau cepat sembuh ye?”

Akash terpegun. Terharu mendengar kata-kata Hakim. Bertuah dia diberikan sahabat seperti Hakim. “ Kau jangan risau, I will be okey. Pukul berapa dah sekarang? Kau tak perlu masuk kerja ke? Mentang-mentanglah aku dekat sini. Melaramlah kau, bos takde.”

Hakim ketawa besar. “Ala kau ni, baru je aku nak lepak dah halau aku keluar. Hampeh punya kawan!” Hakim menumbuk manja bahu Akash. Jam di tangan dibelek. Sudah lewat rupanya. Patutlah Akash memerli.

“ Bro, Aku pergi dululah. Dah lewat betul ni. Nanti tak pasal-pasal ada orang potong gaji aku bulan ni.” Hakim berseloroh, disambut dengan senyuman oleh Akash.

Hakim mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Di pertengahan jalan, dia sempat juga bertegur sapa dengan mama dan papa Akash.

Kereta Toyota Vios dipandu laju membelah jalan raya. 

No comments:

Post a Comment