Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 11

Bab 11
Hakim cepat-cepat mengatur langkahnya. Jam di tangan dibeleknya sekilas. Sudah pukul 2.00 petang, mesyuarat pada pukul 2.15 petang. Adoi! Lengan kemeja disinsing sehingga ke lengan. Manakala di tangan kanannya terdapat briefcase. Kakinya mengorak langkah sambil mulutnya tak sudah-sudah membebel. Baru sebentar tadi dia diberitahu ada mesyuarat tergempak. Nak makan pun tak sempat.

Sedang elok dia berjalan, bahunya dilanggar seseorang. Hampir tersembam dia akibat rempuhan yang kuat itu. Kelihatan seseorang gadis menonong pergi tanpa meminta maaf. Sudahlah langgar orang, pergi macam tu je?

“ Tapi..” Ayatnya terhenti di situ. Matanya dikecil-kecilkan untuk melihat gerangan perempuan yang melanggarnya. Macam ku kenal,tapi di mana ye? Hakim cuba mengejar gadis tersebut, namun niatnya hanya separuh jalan. Baru dia teringat mesyuarat yang akan berlangsung atau mungkin sudah berlangsung.

Todak mengerling jam. Pukul 2.45 petang. Dia melihat Izora di hadapannya. Dia senyum segaris, sekadar berbasi-basa. Melihat muka Izora yang agak poyo, senyumannya tawar.

“ Kau lewat. Kau janji nak datang pukul berapa? Dah setengah jam aku tunggu kau.” Todak terus menyatakan rasa tidak puas hatinya.

“ Mujur aku datang, kalau tak ada urusan yang penting, tak ingin aku nak jumpa kau. Don’t waste my time. Apa kau nak?” Terus sahaja dia get to the point. Malas nak berlama-lama dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Tak juga, mungkin kenal.

“ Amboi, makin berlagak kau sekarang ni ya.. dulu, masa dekat restaurant..” Dia berjeda seketika untuk mengumpan Izora. Gadis yang berubah menjadi lebih seksi dan menawan. Dan bukan lagi gadis yang bercermin mata besar, berpakaian selekeh.

Izora terkejut. “ Jangan cakap yang kau..”

“ Apa yang kau fikir tu betul. Absolutely yes!” ucap Todak dengan bangganya.

“ Apa yang you nak sebenarnya? Get to the point, okey?” Tekan Izora marah.

“ Kau nak order apa?” soal Todak, nada mendatar. Dia mencapai menu yang dihulurkan oleh pelayan. Kelantan Delights agak penuh seperti Sabtu-Sabtu kebiasaannya. Yang paling penting dia sengaja memperlambatkan masa.

Izora mendengus geram. Melihat kelakuan Todak yang menjengkelkan buat dia rasa nak termuntah.

“ You nak apa sebenarnya, Todak?” Izora mula naik bosan.

“ Kau nak makan apa? Kita order dulu. Mahu kasi perut full dulu baru kita go through our point. Baru cantik!” Todak mengukir senyum lebar.

Izora menjungkit kening. Nak suruh order, dia pula yang sapu menu dulu, getus hati Izora. Dia memandang pelayan yang terpacak di tepi meja. “ Nasi dagang, with extra kerisik, please. And erm, one iced tea for me. Thank you,” tutur Izora sambil tersenyum.

Pelayan mengangguk. Dia turut tersenyum, senang hati pelanggan kali ini tak banyak songeh. “And for the gentleman?”

Todak pula menjungkit kening. Siap mintak order extra nih. Tadi bukan main lagi buat muka menyampah. “ Berselera nampak?” soal Todak lagi.

Izora menahan diri dari buat muka bosan. “ Kalau tak order, you yakin ke akan lepaskan I pergi macam tu aje?” soalnya kembali.

Todak menjungkit bahunya. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

Izora mencebik buat sekalian kalinya. Tapi macam pernah tengok je. Bisik hatinya. Wajah lelaki di hadapan ditatap penuh teliti. “ No wonderlah!” Dia mengetip ibu jarinya.

“ Kenapa? Memori kau dah kembali? Ingatkan hilang ingatan dah.” Todak memerli.
“ Kalau tak silap aku, kau salah seorang pelanggan pada masa tu kan? I’m pretty sure you are that one!” ujar Izora dengan yakin.

“ Good girl.” Todak meletakkan kedua-dua belah tangan di atas meja. Tubuhnya didekatkan sedikit. Izora mula menggelabah. Apa dia nak buat ni?

“ Jangan takut. Aku cuma nak tanya kau sesuatu.”

“ Hmm, apa?” jawabnya acuh tak acuh. Dia kalih pandangan ke luar restoran.

“ Adi Firkash..” Dia berhenti sejenak. Bibirnya mula mengorak senyum jahat.

Izora terpana. Kenapa sahaja nama itu disebut. Matanya jelas seperti orang terperanjat.

“ Aku pasti yang kau sudah tahu apa yang terjadi dekat dia kan?” Dia senyum sinis. Izora mula panik.

“ Apa yang kau nak sebenarnya? Apa maksud kau?” Izora gugup.

“ Chill lah, Izora. Aku cuma bertanya je, tak payah nak menggelabah sangat.” Todak membidas. Dia kembali bersandar di kerusi. Izora cover line.

“ Apa yang terjadi dekat Adi sekarang ni, aku tersangat-sangat yakin yang kau ada kaitan. Dan, cuba kau fikir, macam mana reaksi Adi kalau dia tahu kau yang sekarang? Dah berapa tahun korang tak berjumpa?” Dia membilang dengan jarinya. “Atau mungkin korang sudah berjumpa?” tebak hatinya.

Jantung Izora berdegup kencang. Macam mana Todak boleh tahu? Mungkin dia hanya meneka kot? Izora menyedapkan hatinya. “ Apa-apa yang I lakukan, tak ada kaitan dengan you. So, mind your own business.” Izora memberi amaran. Todak hanya pamer senyum sumbing.

Usai makan tengahari, mereka menapak keluar dari Kelantan Delights. Bosannya Izora Allah S.W.T sahaja yang tahu. Dia melihat Todak yang melangkah di sisi. Wajahnya keruh. Sedang memikirkan sesuatu. Kata-kata Todak menganggu hidupnya.

“ By the way, kau fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap tadi. Aku pergi dulu.” Tanpa banyak karenah Todak meninggalkan Izora sendirian.

Izora mendengus lalu angkat kaki dari situ. Kereta dipandunya menderum meninggalkan tempat itu.

Hakim membetulkan pakaiannya lalu melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Mujur masih belum terlewat. Dia sedikit terperanjat apabila melihat Dato’ Azhar selaku bekas CEO sebelum diambil alih oleh Akash turut berada di situ.

“ Assalamualaikum semua. Tujuan mesyuarat hari ini diadakan hanya untuk memberitahu sesuatu yang amat penting..” Dato Azhar memulakan sidang mesyuarat. “ Mulai hari ini, saya selaku pemegang terbesar saham syarikat, akan memulakan kembali tugas saya. Maksud saya, anak saya Adi Firkash mengalami sedikit kemalangan. Jadi,sementara tunggu dia sembuh, saya akan menggantikan tempatnya.” Selesai Dato Azhar berucap, masing-masing pamer riak terkejut.

Ketika Dato Azhar melintasinya, bahu Hakim ditepuk lembut. Senyuman lebar jelas terukir diwajahnya. “ Welcome back, Dato’.” Dia turut membalas senyuman itu.
Walaupun sudah rapat dengan Dato’ Azhar, Hakim tetap juga perlu profesional. Dari kecil hingga kini dia berkawan dengan Akash. Boleh dikatakan masa kecil-kecil dulu, rumah Akash adalah rumah keduanya. Lepak, makan, minum, tidur semuanya dekat situ kalau mama dan papanya outstation.

Dato Azhar melagkah pergi diekori oleh pemegang-pemegang saham yang lain. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia mengambil alih jawatan CEO kembali. Setelah jawatan itu diberikan kepada Akash, seratus-peratus dia meninggalkan bidang tersebut. Agak susah bila dia nak mengambilnya semula. Banyak yang dia perlu pelajari apa yang telah tertinggal.

No comments:

Post a Comment