Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 3

Bab 3

Tangannya lincah menari-nari di atas keyboard tanpa henti. Sekejap butang delete ditekan dan sekejap enter. Syifa terus menaip dengan tekun tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Matanya terus tertancap di skrin computer. Sekejap matanya dikecilkan dan sekejap dibesarkan. Tangannya terus ligat menari di atas keyboard tanpa rasa segan silu. Dia menyanyi kecil sambil kepalanya terangguk-angguk mengikuti irama lagu.

“Okey, done!!!” butang yang sebaris dengan shift berakhir dengan End ditekan. Syifa Imani berdiri bagi membetulkan urat-urat yang sudah tegang. Dia mengeliat kecil sehingga bunyi krak-krak terhasil. Syifa mengutum senyum. Akhirnya, proposal untuk projek maut sudah siap.

Dua minggu dia bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tersebut. Bukan dia sengaja melengah-lengahkan kerja. Tapi sering kali direject. Katanya tak cukup ini lah, tak cukup itu lah. Dasar cerewet!! Kang aku bagi dia buat sendiri kang baru padan dengan muka. Syifa mencebik.

Kakinya diatur menuju ke pantri. Rasa haus mula menginap. Syifa Imani hanya mampu memandang cawan yang diletak di atas almari. Bangang! Siapa yang rajin nak mengemas pulak ni. Agak-agak la. Kenapa tak letak je gelas tu kat atas KLCC, lagi senang aku nak ambik. Gumam hati Syifa sambil tangannya cuba mencapai gelas.

1,2,3 yayhh!! Kakinya cuba dijengketkan namun masih belum berjaya mencapai gelas itu. Syifa makin bengang. “Yang kau gelas, dah tak reti-reti nak turun sendiri ke?” Dia pelik sendiri. Adoi, yang aku pergi cakap dengan gelas tu buat apa? Buat malu je kalau orang tengok. Syifa menghendap-hendap, takut-takut dirinya diperhatikan.

“Okey, line clear. Cuba sekali lagi.” Dia cuba memberi semangat kepada diri sendiri. Sekali lagi tangannya dipanjangkan manakala kakinya berjengket sedikit.

Belum sempat tangannya hampir menyentuh tangkai gelas tersebut, ada satu tangan terlebih dahulu mencapainya. Syifa terkesima. Badannya terasa dihimpit seseorang. Berdiri habis bulu romanya. Takkan lah ada tut tut kot petang-petang macam ni. Aku tengok jam tadi baru pukul 6 petang. Takkanlah.. hatinya mengecut. Penakut juga rupanya Syifa ni.

Lambat-lambat dia memalingkan tubuh. Habis segala doa dan zikir dibacanya. Matanya dipejam rapat. Serapat yang mungkin. Sesaat kelopak mata terbuka, terkejut monyet Syifa. Badannya sedikit terdorong ke belakang akibat terkejut yang amat. Mujur tangan kanannya sempat bertahan di permukaan simen pantri.

“Here, your glass.” Suara garau menerpa telinganya. Matanya terkebil-kebil melihat sesusuk tubuh di hadapannya.

“Nah.” Kali kedua lelaki itu menghulurkan gelas. Kali ini dia menyambut lambat-lambat gelas dari tangan pemuda itu seraya mengucapkan terima kasih.

Kenapa letak gelas kat atas kalau dah tahu tak sampai?” soal Iqram sambil memerhati Syifa Imani.

“Hah?? Err, entahlah. Tak tahulah siapa yang rajin nak simpan gelas kat atas sana. Menyusahkan orang aje.” Jawabnya lancar. Tidak berasa kekok langsung walaupun berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

Iqram ukir senyum. Peramah! Pujinya. “ By the way, aku Iqram.” Iqram menghulurkan tangan ingin berjabat. Syifa kaku. Ish, macam mana ni. Mamat ni pun satu, tak paham ke yang aku tak boleh salam dia. Jatuh-jatuhlah tangan tu. Bebelnya di dalam hati. Syifa Imani mengaru kepalnya yang tidak gatal. Iqram yang seakan- akan memahami akhirnya menjatuhkan tangan. Malu bukan kepalang apabila salamnya tidak disambut.

“Sorry. Mak kita tak bagi kita salam dengan lelaki.” Jawab Syifa dengan nada bergurau. Mungkin tak nak bagi si Iqram terasa kot.

“Oh, okey. Tak ingat pula.” Dia senyum sambil menjatuhkan tangannya.. Ish, idiot! Malunya aku. Iqram mengutuk diri sendiri.

“Tak pernah nampak pun. Budak baru ke??” Dia membuka bicara.

“Yup. This is my first day here. Kenapa kau tak balik lagi?” Jawab Iqram sambil mengukir senyum.

Amboi, baru pertama kali jumpa dah cakap aku kau. Kasar gila mamat nih. Kutuknya di dalam hati.“Aku baru siapkan kerja. Lepas minum ni aku baliklah.” Syifa Imani turut membahasakan dirinya aku. Arh, lantaklah lah nak cakap apa pun. “By the way, I have to go now. Jumpa esok.” Sambungnya lagi setelah minuman dihabiskan. Dia melangkah keluar dari pantry sambil melemparkan senyuman. Patutlah aku tak pernah nampak, budak baru. Not bad. Dia ukir senyum nakal. Mengadalah tu! Syifa Imani menyambar beg tangan jenama Louis lalu bergerak ke arah pintu lif yang sedang terbuka. Iqram menghantar pemergian Syifa dengan ekor mata. Bibirnya mengorak senyum. Air ditangan diminum.

Honda city dipandu sehingga memasuki halaman rumah teres dua tingkat. Cahaya terang benderang menunjukkan sudah ada penghuni di dalam rumah. Handbrake diangkat dan suis dimatikan.

Syifa termenung jauh sebelum keluar daripada kereta. Dia menyandar lemah di kerusi kereta. Tangannya lincah mengurut pelipis. Penat bekerja seharian ditambah pula kertas proposal reach the maximum point membuat dia sedikit kepenatan. Akhirnya dia menekup muka di stereng kereta. Hatinya benar-benar bercelaru. Kata-kata maknya masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Permintaan yang terlalu sukar untuk dimakbulkan oleh seorang anak. I don’t know him and why should I marry him? Who is he to me? Arrghh!!!

Syifa Imani menonong masuk ke dalam rumah. Longlai langkahnya seperti mayat hidup. Kakinya terus menapak ke dalam rumah tanpa berkira-kira mahu menegur Aneesa. Selalunya selepas balik kerja di situlah tempat dia melepaskan kepenatan. Tapi bukan hari ini.

Aneesa Mai kehairanan. Pause sekejap mengunyah twister. Ni dah kenapa pulak? Takde angin takde ribut terus menonong masuk bilik. Kena sampuk hantu ke apa? Ngomel bibir comelnya. Aneesa kembali mengunyah twisternya sambil menonton tv. “We Got Married” menjadi tumpuannya.

Syifa memulas tombol pintu biliknya. Kepenatan dirasa hingga ke tulang hitam. Sesaat dia merebahkan diri di atas tilam hilang segala penat lelah. Dia memejamkan mata. Fikirannya bercelaru. Apa yang perlu dia lakukan? Kahwin?? Tak mungkin!

Tangan dikilas ke belakang kepala, matanya tancap menembusi ceiling rumah. Otak mula berfikir apa yang akan dia lakukan untuk menolak pinangan daripada orang kaya itu.Ish, macam cerita dongenglah pula! Posisi tubuh dialih mengiring. Sesaat, dua saat akhirnya dia terlelap tanpa sempat menyumbang idea.

No comments:

Post a Comment