Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 15

Bab 15


Pintu bilik diketuk perlahan. Syifa masuk sambil menatang dulang membawa sarapan untuk suaminya. Adi Firkash buka mata apabila pintu bilik dikuak seseorang. Dia bangun daripada pembaringan dan menyandar di kepala katil.

“ Mama?”

“ Syifa, bukan mama. Manja! Dah besar panjang pun panggil mama lagi.”

“ Buat apa kat sini?”

Syifa mengetap gigi geram. Dari mula-mula kahwin sampai sekarang, bajet macho je memanjang. Cubalah mesra sikit. Sejuk sikit hati aku. Hatinya berbisik. Syifa melabuhkan punggung di birai katil. Dulang diletakkan di atas meja.

“ Makan sikit, awak.” Adi Firkash mengalihkan mukanya. Dia buat tak tahu.

‘ Ish, masa nilah dia nak mengada. Aku dah lewat dah ni.’ Dia mengerling jam di dinding. “Akash, awak makan sikit boleh tak? Saya dah lewat ni, nak masuk kerja pula.”

“ Dah siapa suruh kau masuk bawa makanan? Aku tak minta pun kan? Kau yang mengada nak tunjuk baik.” Berdesing telinga Syifa mendengar kata-kata kurang ajar Adi Firkash. Sabarlah hati.

“ Adi Firkash, awak nak saya suap nasi ke awak nak saya suap mangkuk? Saya dah lewat ni intan payung, janganlah mengada macam ni. Malam nanti saya layan awak ye? Kita gaduh sampai pagi. Sekarang ni awak buka mulut dan terus makan. Boleh?” Syifa memujuk manja.

Adi Firkash terpegun mendengar rengekan Syifa. Pelik. Bukan nak marah, malah pujuk lagi. Perempuan ni ada perasaan ke tak ada? Tanpa banyak songeh Adi Firkash membuka mulutnya apabila Syifa menyuakan sudu. Habis semangkuk juga nasi air dihabiskan oleh Adi Firkash. Lapar agaknya.

“ Good boy. Dah habis dah.” Syifa mengusap lembut kepala Adi Firkash. Bibir suaminya dilap dengan jarinya. “ Comot betul makan, macam budak kecil.” Lembut alunan suaranya.

Walaupun Akash buta, tapi Akash celik seperti mata yang normal. Mata coklat itu mengugat naluri wanita Syifa. Ya! Dia jatuh cinta pada mata itu pertama kali mereka bertemu. Mata yang redup itu membuat Syifa ingin menjaganya. Kini pipi Akash pula diusap lembut tanpa dia sedari.

Adi Firkash terperanjat. ‘Dia ni lap mulut ke lap pipi? Ni dah kes raba dah ni.’ Monolog Akash. “ Kau tak pergi kerja lagi? Tadi bukan main nak pergi kerja.” Adi Firkash bersuara lantas menyedarkan Syifa.

“ Err, nak pergilah ni.” Cepat-cepat dia keluar dari situ. Malunya! Nampak sangat aku suka dia.

15 minit kemudian, Syifa sampai ke tempat kerjanya. Mujurlah hari ni tak jammed sangat. Kalau tak, lambat pula aku masuk kerja. Asyik warna merah je, lama-lama kena buang kerja baru padan dengan muka.

“ Welcome back, pengantin baru.” Kecoh satu pejabat dengar suara Iqram. Bala apa pula ni. Syifa menutup wajahnya dengan beg. Malu, malu! Bahu Iqram ditepuk kasar. Semua pekerja di situ mengucapkan tahniah. Kalau ucap saja tak apa, ni siap bagi tip malam pertama lagi. Nak letak kat mana muka ni?

Iqram sengih meleret. Dia mengekori langkah Syifa sehingga ke bilik. “ Kau nak apa, Iqram? Dah tak ada kerja nak buat? Mulalah tu nak ganggu aku.”

“ Haa, ni sorang lagi. Tak ada kerjalah tu. Nak ganggu aku juga. Buat menyemak bilik aku je.” Syifa melontarkan kata-kata kepada Nana yang baru sahaja membuka pintu bilik.

“ Amboi, amboi mulut. Lancang ye? Aku tak masuk lagi dah kena marah. Sejak kahwin ni garang. Kenapa? Cik abang garang ke?” Nana angkat kening. Senyuman nakal terserlah di bibir. Iqram pula sudah ketawa terbahak-bahak. Gila! Ni ketawa ke, menjerit?

“ Wei, slow sikit volume tu.. Iqram. Malulah orang dengar.”

“ Entah! Satu office boleh dengar.” Giliran Nana pula menyampuk. Asal jumpa je gaduh. Ada je yang nak dibahaskan.

“ Ek eleh, cakap orang. Kau pun samalah. Macam langsuir.” Iqram membalas.

“ Sudah. Korang berdua sama je. Keluar, keluar..syyyuhhh..ssyyyyuhhh..” Syifa menghalau mereka berdua.

“ Sampai hati kau. Susah payah aku datang melawat kau halau ek? Takpe-takpe.”

“ Nak melawat apanya? Bukannya aku sakit. Aku tahulah kau nak tanya, macam mana kahwin? Best ke tak? Handsome tak suami kau? Malam pertama macam mana?” Syifa mengajuk Nana.

“ That’s right.” Nana mengetip ibu jari.

“ So?” Iqram juga sudah berminat.

“ Tak ada apa yang menarik. Kerja aku lagi menarik tahu? Sudah, keluar cepat. Banyak kerja aku nak buat ni. Nanti tak pasal-pasal bos mengamuk. Siapa yang susah, aku juga.” Tubuh Iqram dan Nana ditolak keluar daripada biliknya.

“ Nanti story, story.. okey?” Nana melaung dari luar.

Syifa koyak senyum. Nakal! Dia berjalan ke mejanya lalu melabuhkan punggung di kerusi. Bila ingat balik pertemuan pertama dia dengan Iqram, rasa nak tergelak pun ada. Dulu mula-mula kenal, bukan main lagi macho. Sekarang hancur. Perangai tak senonoh langsung. Syifa menggeleng sambil tersenyum.Fail-fail tersusun tinggi di depannya dicapai satu persatu. Tangannya mula bekerja.Seminggu bercuti, bertimbun kerja menunggu. Tak boleh nak rehat langsung. Bebelnya dalam hati.

Syifa terus tekun menghadap kerjanya. Matanya dikecil-kecilkan supaya lebih mudah untuk membaca.

Datin Suraya mengatur langkah ke taman. Dia melihat Adi Firkash sedang termenung. Kakinya dihayun mendapatkan Akash. “ Apa anak mama menungkan ni?” Bahu Akash ditepuk lembut.

“ Mama ni. Terkejut Akash.” Dia mengurut dada. “ Tak pasal-pasal dari buta terus jadi arwah.” Dia berseloroh .

“ Apa kamu ni bergurau benda-benda macam tu? Mama tak suka tahu!” Datin Suraya memarahi anak tunggalnya itu.

“ Ala.. ma, Akash gurau jelah. Tu pun nak marah.” Dia memeluk mesra bahu mamanya. Kepalanya dilentokkan di bahu Datin Suraya.

“ Tak mahu gurau macam tu dah.” Datin Suraya memberi amaran. Pipi Adi Firkash dicubit lembut.

“ Aduh! Sakitlah, ma..” ujarnya manja. “ Ma..” Dia berjeda seketika. “ Akash minta maaf.” Pelukan dieratkan.

Datin Suraya terdiam. “ Kenapa? Tiba-tiba je. Akash jangan buat mama risau.” Dia membelek tubuh anaknya. Adi Firkash ketawa senang hati.

“ Mama ni. Ke situ pula. Yelah, Akash minta maaf. Kat hospital dulu, Akash tengking-tengking mama, marah mama. Akash salahkan mama, sedangkan Akash yang salah.” Sebak di dada mula berkumpul.

Datin Suraya mengusap lembut rambut Adi Firkash. “ Tak apa, mama faham. Masa tu Akash tengah serabut. Yelah, ujian yang Akash lalui sungguh berat. Kalau mama di tempat Akash pun mama buat benda yang sama. Sudahlah nak, benda dah berlalu dah pun. Kita lupakan ajelah. Mama tak ambil hati pun,” ujar Datin Suraya penuh kelembutan. Kepala Adi Firkash dicium berkali-kali. Emak mana yang tak tersinggung dengan kata-kata yang memedihkan hati. Tapi itu semua sekejap sahaja.

“ Maafkan Akash, mama.” Akash memeluk erat tubuh mamanya. “ Sudahlah tu, mama dah maafkan dah pun.” Dia turut membalas pelukan Akash.

Deringan telefon ‘ Love Is The Moment’ menganggu kontrensasi Syifa. Lantas dia angkat kepala. Telefon Samsung S4 di dalam beg diambil. Tertera nama ‘Minah Senget’ di skrin telefon. Dia mengukir senyum.

“ Helo, nak apa?”

Aneesa melarikan telefon daripada telinganya mendengar suara kuat Syifa. “ Amboi, kuat gila. Salam entah ke mana, sopan-santun hilang ke mana, macam ni kau sambut panggilan aku ye?” soalnya bengang. Mana taknya, hampir pecah gegendang telinga Aneesa. Lagi mendidih hatinya apabila mendengar ketawa di hujung talian.

“ Comelnya kau marah..” Lagi galak dia mentertawakan Aneesa. Makin bengang Aneesa dibuatnya.

“ Kau ni tak habis-habis dengan perangai tak senonoh kau tu. Sudah, turun sekarang.” Serta merta ketawanya mati. Turun? Sekarang?

“ Buat apa?” Dia buat muka blurnya.

“ Buat apa kau tanya? Dah pukul berapa ni?” Syifa mengerling jam. Dia menepuk dahi. Alamak! Dah waktu lunch. “ Give me five minute.” Terus talian dimatikan.

Aneesa menggeleng kepala. Stereng kereta diketuk-ketuk sementara menunggu Syifa. Lima minit menunggu akhirnya Syifa muncul di depannya. Pintu kereta dibuka lalu Syifa duduk di tempat penumpang. “ Kita nak makan kat mana kali ni?” Syifa terus memakai seat belt.

“ Mana-mana je..” jawab Aneesa acuh tak acuh. Dia terus menekan pedal minyak. Kereta bergerak laju di jalan raya. Tiba-tiba keretanya dibrek mengejut. Syifa yang sedang enak menghayati lagu Tetap Menantimu terus terkejut. “ Kenapa??” Dia menyoal Aneesa. Mukanya pucat akibat terkejut.

Aneesa tayang gigi. “ Hehe, tu.. kita makan sini. Tak ingat nak bawa slow, hampir-hampir terlepas kedai makan tu. Sebab tu aku brek mengejut.” Selamba sahaja Aneesa menjawab. Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“ Kau tahu tak kerja kau ni bahaya! Kalau ada orang..”

“ Bla..bla..bla..” Belum sempat Syifa memberi kuliah, Aneesa sudah mengejek. Akhirnya Syifa mengoyak senyum. Mereka duduk di tengah-tengah. Senang nak pergi ke mana-mana. Tak perlu jalan jauh-jauh.

“ Fa, aku nak tanya sikit.” Aneesa sudah buat muka serius.

“ Macam serius je aku tengok.” Syifa senyum lagi.

“ Macam mana alam perkahwinan?” Kening double jerk diangkat. Hampeh. Punya serius muka, nak tanya tu je?

“ Itu aje kau nak tanya? Macam tak ada soalan lain kat atas dunia ni kan?” Syifa menyoal kembali. Mukanya didekatkan.

“ Dah tu je soalan aku ada.”

“ Nak order apa, cik?” Belum sempat Syifa menjawab, pelayan restoran berdiri di hadapan mereka.

“ Two lemon ice tea, with two nasi goreng kampung,” pesan Aneesa.

“ Cepat jawab soalan aku tadi.” Tubuhnya terus menghadap Syifa kembali.

“ Laa, tak habis-habis lagi?”

“ Macam mana nak habis kalau kau tak pernah nak jawab?” Aneesa mula buat muka bosan.

“ Alam perkahwinan?” Syifa mengetuk lembut bibir. “ Not bad juga. Nak cakap best, tak juga..” Dia mengumpan minat Aneesa.

“ Kau ni cakaplah betul-betul!” Tangannya dipanjangkan lalu mencubit bahu Syifa.

“ Rilekslah. Setakat ni, okeylah. Akash pun tak banyak karenah.” Seketika otaknya berfikir. Tak banyak karenahlah sangat kan? “ Senang nak jagalah.” Dia sambung lagi.

“ Hmm, okeylah macam tu. Asalkan kau bahagia,” ujar Aneesa gembira. “ Kalau kau tak bahagia kau cari aku, okey?” Sambungnya lagi sambil tersengih.

“ Amboi, doakan aku tak bahagialah tu. Luku kang!” Syifa berpura-pura marah. Aneesa sekadar tayang wajah selamba dengan sengih nipis.

1 comment:

  1. Hope dapat sambung bab 16, hihi.. x sabar rasanya nk baca bab seterusnya.. ^_^

    ReplyDelete