Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 6

Bab 6

“Oi perempuan. Lambat! Dah pukul berapa sekarang ni?” Aneesa membebel geram. Jam ditangan ditunjukkan kepada si teman.

Syifa Imani tersengih macam kerang busuk. Kakinya elok mengatur langkah menghampiri temannya dengan wajah selamba. Tangan Aneesa dipaut manja. “Maaflah, lambat sikit.” Tuturnya mengada.

“Sikit kepala otak kau! Setengah jam aku tunggu kau cakap lambat sikit je?” Aneesa buat muka garang.

“Ala, takutnya..” Syifa malah mengejek kawannya. Ditarik tangan Aneesa menuju ke restoran. Perutnya sudah mula berdendangkan lagu I’m yours. ‘Gila apa minah ni? Dahlah datang lambat, siap mengejek aku lagi tu. Macam tak sakit hati je!’

“Dah-dah lah tu kutuk aku. Aku lapar ni, jom makan. Simpan kutukan kau untuk esok hari. Boleh ye sayang?” pintanya dengan manja sekali. Bukan manja, menggedik.
Aneesa hampir pengsan. Macam mana dia tahu aku kutuk dia. Pakai bomoh ke apa perempuan ni?

“Aku tak main bomoh lah. Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Dah, cepat jalan.” Serta merta Aneesa menarik tangannya. Dia menjarakkan sedikit jaraknya dengan Syifa. dia menjadi ragu-ragu. Macam mana Syifa tahu apa yang dia fikirkan. Dia ketawa pulas melihat perubahan ketara diwajah Aneesa.

Penakut rupanya! Hati kecil! “Aku bukan hantulah. Siapa yang tak kenal dengan perangai kau, asal bengang je kutuk aku. Aku tahulah kau bengang dengan aku tadi sebab lewat. Sebab tu aku yakin kau akan kutuk aku! Kelakarlah kau ni.” terangnya lebih jelas.

“Oh..” sepatah keluar daripada bibir Aneesa tanda faham.

“Nak makan kat mana ni?” soal Syifa buntu.

“Mana-mana aje. Kat depan tu pun okey.” Aneesa menunjukkan sebuah kedai mamak dihujung lorong.

Kerusi ditarik menghadap satu sama lain. Aifa mengelap peluh yang merintik di pelipis akibat berjalan tadi. Cuaca yang panas membuatkan mereka mandi peluh.Walaupun jaraknya tak jauh sangat, tapi cukup untuk membuatkan mereka berpeluh.

“Fa..” Syifa panggung kepala apabila namanya dipanggil.

“Kau dah fikir masak-masak ke?” Syifa mengerutkan dahinya. Fikir apa pula?

“Hah, mulalah tu nak buat muka blurr dia. Eiy, benci aku dengan kau ni. Nyanyuk betullah!” seraya itu tangannya laju mencubit pipi gebu Syifa.

Dia mengaduh kesakitan. “Yelah, dah tiba-tiba je tanya aku fikir masak-masak ke belum. Nak fikir apanya?” Dia menyisip sedikit minuman yang baru dihantar oleh pelayan. Tekaknya yang kering perlu dibasahkan.

“Kau jangan sampai aku naik angin! Kang tak pasal-pasal ada juga yang kena luku nanti. Pasal perkahwinan yang tak dirancang kaulah. Romeo vs Juliet.”

“Uhhuk..uhhuk..” Syifa tersedak. Terasa pedih anak tekak. Matanya dibulatkan. Alamak, macam mana boleh lupa pasal benda alah ni.

“So, macam mana?” Aneesa menjongketkan keningnya. “Seorang gadis dikahwinkan, oh, pembetulan. Dipaksa kahwin dengan seorang lelaki.. lelaki yang tidak dikenali.” Tangannya berada diawang-awangan seakan-akan mengukir perjalanan hidup Syifa Imani.

Meremang bulu roma dia memikirkannya apatah lagi menghadapinya. Eiy, Tak mahu!

“Kau jangan cakap pasal ni boleh tak? Geli aku dengar. Apa kau ingat, aku ni anak mithali la, dengar semua cakap ibu bapa? Maksud aku, yang pasal kahwin ni lah. Kau ingat aku akan terima ke? No way man! Mentah-mentah aku tolak pinangan dorang. Whatever it is, I said no, no no and no. Seribu kali no pun aku sanggup ucap asalkan aku tak kahwin dengan lelaki yang entah apa-apa tu. Hish, geli aku!” katanya panjang lebar. Aneesa ketawa geli hati melihat Syifa. Seronok juga mengusik minah ni. Bahagia aku!

“Dah tu kau ingat bila kau said no, mak kau said no jugalah? Mimpi disiang hari lah kau.” Aneesa menempelak kawannya. Syifa mula runsing kembali. Betul juga. Dahlah mak aku tu pun boleh tahan degilnya. Ish, apa aku nak buat ni? Dia mengaru-garu dagunya memproses kata-kata Aneesa.

“So, apa aku nak buat? Kau ada idea tak?” Syifa kemam bibir, manakala matanya dikerdipkan beberapa kali. Bajet comellah tu. Tapi memang comel pun.

“Kau cakap jelah yang kau dah ada boyfriend. Habis cerita.” Aneesa ketawa geli hati.

“Gila kau! Tak ke naya kalau mak aku suruh bawa jumpa dia. Kau nak aku kutip mana lelaki tu?” badannya ditegakkan kembali dan menyandar di kerusi. Matanya jauh meliar disekeliling kedai makan mamak itu. Bersusun-susun orang beratur mengambil makanan. Biasalah lunch hour, sebab tulah berebut-rebut orang turun makan. Lagipun kedai mamak ni best masakannya dan yang paling penting, MURAH! Siap dengan capital letter lagi tu.

“Kau kantoi jelah apa-apa pun. Macam tak biasa.” Aneesa tayang muka sinis. Masih jelas di ingatan waktu Syifa mengantoi seorang lelaki tiga bulan lepas. Seminggu diorang gelak tergolek.

Syifa seakan-akan faham maksud temannya terus menghamburkan tawanya. “good girl.” Thumbs up di tayangkan dihadapan muka Aneesa. Beribu-ribu idea menerjah masuk. Plan A berjalan.

“Macam mana aku tak terfikir erk? Bijaklah kau ni. Otak bergeliga betul.” Pujinya ikhlas. Kalau Aneesa tak bagi idea, mungkin dia kebuntuan sekarang ni. apapun yang berlaku, aku memang takkan kahwin dengan lelaki pilihan mak. Nak mengamuk ke, nak halau rumah ke, aku dah tak kisah. Aku nekad takkan kahwin dengan lelaki joggang tu. Hatinya berbisik. Ikut sedap mulut je panggil orang jonggang. Sedangkan dia sendiri tak tahu macam mana rupa bakal suaminya itu. Sekali handsome macam retis, melepas kau Jah. Dia bermain dengan perasaan sendiri.

“Kau nak fikir apa lagi? Dah makan dulu.” Aneesa menunjukkan makanan di depan Syifa. “Balik rumah nanti kau sambung balik fikir pasal rancangan kau. Lagipun lambat lagi kan? Tinggal dua bulan setengah lagi tempoh mak kau bagi kat kau. Apa nak risau sangat?” beritahu Aneesa.

“Okey, okey. Aku makan.” Ujarnya lalu menyumbat makanan ke dalam mulut tanpa sebarang bunyi.

No comments:

Post a Comment