Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 10

Bab 10


‘Akash, saya suka awak. Pertama kali saya nampak awak, saya jatuh cinta dengan awak. Saya happy bila tahu awak ini sebenarnya anak kawan mak saya. Boleh tak kita berkenalan?’ Seraya itu ketawa mereka berdekah-dekah. Kertas yang berwarna putih itu digumpal lalu dibaling ke atas muka si gadis.

Izora tunduk memandang lantai. Sungguh dia malu diperlakukan sedemikian. Tangannya digenggam antara satu sama lain dan berdiri di hadapan empat orang jejaka yang sedang mentertawakannya. Salah ke aku mencintai seseorang? Tak layakkah aku untuk menyukai seseorang?

“Muka macam badut, ada hati nak berkenalan dengan Akash?” sampuk Hakim. Mereka ketawa sekuat yang mungkin mengundang mata-mata yang ada di sekeliling untuk melihatnya.

“ Cerminlah diri tu sikit, wei! Tak layak langsung!” Asyraf pula kini berdiri mengelilingi Izora. Matanya menilik Izora dari atas ke bawah.

Izora semakin menunduk. Malu apabila semua orang sedang memandangnya. Tak tahu nak letak kat mana mukanya. Bibirnya diketap hebat. Air matanya mula mengalir menerusi lekuk-lekuk pipi.

Adi Firkash duduk menyandar dengan lagaknya. Kakinya disilang antara satu sama lain. Matanya memandang perempuan itu dari atas ke bawah. Dia mengukir senyum sinis. Dengan pakaian selekehnya, spek mata besar gedabak, siap pakai beg silang lagi. Simpang malaikat 44. Adi Firkash meremang bulu roma. Otaknya tak dapat berfikir andai kata dia dijodohkan dengan Izora. Nama saja anak Dato, tapi hampeh. Jauh panggang dari api.

Cuitan di bahu menyedarkan Akash daripada lamunan. Dia berpaling lantas bertanya.

“ Siapa?”

“Siapa kau tanya? Kenapa, kau dah tak kenal aku?” Sinis perempuan itu berkata-kata.

Perempuan? Siapa dia ni? Mama? Macam bukan je. Aku kenal suara mama. Akash bermain dengan diri sendiri. Otaknya tepu untuk berfikir. Malah, untuk melihat jauh sekali.

“ Oh, aku lupa yang kau dah buta.” Satu ketawa besar dia dengar setelah perempuan itu berkata-kata.

Adi Firkash meraba-raba dinding, mencari tongkatnya. Sebelum sempat tangannya mencapai tongkat, ianya dirampas oleh seseorang.

“ Kau siapa? Aku tak kenal kau! Bagi balik tongkat aku.” Adi Firkash menjerit. Hatinya mendongkol marah apabila dipermainkan sebegitu rupa. Izora senyum sinis.

“ Izora Firia bt Dato’ Anuar. That’s my name! Kau kenal?!” Perempuan itu turut menjerit. Jelas sekali ketawa dibuat-buat.

Adi Firkash terkejut. Lututnya menggeletar, dunianya seakan-akan hancur. ‘Tak mungkin! Macam mana? Macam mana dia tahu aku kat sini.’ Akash menyoal dirinya sendiri. Baru saja dia berfikir tentang Izora, kini gadis itu telah terpacak di hadapannya. Oh, Tuhan!

“ Kenapa? Tak percaya aku tahu kau kat sini?” ujar gadis seksi tersebut. Sayang sekali Adi Firkash tidak boleh melihat. Kalau tak, mugkin bertambah terkejut lelaki itu. Perempuan yang dihinanya dulu berubah sama sekali. Sama sekali! Izora senyum puas. Melihat penderitaan Adi Firkash, hatinya dicuit rasa gembira.

“ Ka..kau..kau nak apa? Buat apa kau datang sini. Pergi! Pergi kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau! Pergi!” Adi Firkash menjerit lantang. Bergema seluruh bilik kecil itu.

Izora semakin bengang.

“ Shut up!! Shut up right now, Adi Firkash! Kau tak ada hak nak menjerit dekat aku. Kau yang sekarang bukan macam kau yang dulu. Yang punya segala-galanya. Sekarang kau.. just a..” Dia berjeda seketika. Tubuhnya yang langsing mengelilingi Adi Firkash. Dia menunduk seketika menyamai kedudukan Akash. “Just a rubbish…” Sambungnya kembali. Kepala Adi Firkash ditunjal-tunjal dengan jarinya.

Adi Firkash menepis tangan gadis yang mendarat di kepalanya. Hatinya panas membara. “ Kau dah hilang segala-galanya, Akash. Kau dah hilang anugerah yang sangat bernilai. Kau dah buta. Kau cacat, Adi Firkash. Kau lebih hina daripada seorang pengemis!” Lantang Izora berkata-kata. Ketawanya bergema seluruh bilik.

“ Diam! Kau diam!!” Adi Firkash meramas-ramas rambutnya.

“ Kenapa? Rasa marah? Rasa malu? Dulu, masa kau hina aku, mana pergi sifat kemanusiaan kau.. Adi Firkash? Sekarang, rasakan apa yang aku rasakan dulu. You deserved it!” Izora melemparkan amarahnya. Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang mengubahnya seperti hari ini.

“ Nurse..nurse..nurse!” Kali ini lebih lantang. Adi Firkash mengamuk. Bergegas jururawat mendapatkannya.

“ Cik,.. tolong keluar daripada sini.” Salah seorang jururawat menghalau Izora setelah disuruh oleh Adi Firkash.

“ Menurut pemeriksaan saya terhadap anak puan dalam 2 minggu ni, penglihatan Adi terganggu kerana serpihan-serpihan yang masuk kedalam matanya semasa kemalangan tersebut. Setakat apa yang saya perhatikan, mata Adi berkemungkinan tidak akan buta selama-lamanya.” Datin Suraya menaruh harapan.

“ Tapi, semua itu bergantung kepada semangat Adi sendiri. Melainkan kalau ada penderma mata. Berkemungkinan besar Adi boleh melihat semula. Buat masa sekarang, saya tidak berjumpa lagi dengan penderma mata yang sesuai,” ujar Doktor Amir panjang lebar. Dia menyusun katanya berhati-hati agar tidak melukakan mana-mana pihak. Tambahan pula, dia tidak mahu menabur harapan palsu kepada pesakit mahupun keluarga pesakit. Apa yang diberitahu adalah berdasarkan pemeriksaannya. Tapi tak mustahil kalau ada keajaiban yang berlaku.

Dato’ Azhar mengangguk-angguk tanda faham.

“ Maksud doktor, anak saya boleh melihat kembali? Kerosakkan di matanya boleh pulih?” Datin Suraya bertanya penuh harapan. Jelas di wajahnya kerisauan yang menggebu. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya seperti itu.

“ Mungkin. Tak mustahil kalau Adi boleh melihat semula. Seperti yang saya cakap tadi, kerosakkan di matanya tidak begitu teruk. Namun ambil masa yang agak lama juga kalau nak sembuh jika penukaran kornea tidak dilakukan.”

“ Terima kasih, doktor.” Dato’ Azhar koyak senyum.

“ Abang, Adi boleh melihat semula. Lama-lama dia boleh terima saya kan, bang? Abang rasa dia boleh maafkan Sue tak?” Datin Suraya membuka bicara setelah mereka keluar daripada bilik doktor muda itu.

Dato Azhar meraih lembut bahu isterinya. Kepalanya diangguk-anggukkan. Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik Adi Firkash.

Adi Firkash angkat muka setelah pintu biliknya ditolak dari luar. Siapa lagi? Hatinya berdetik. “ Apa yang kau nak lagi, perempuan?!” Akash bersuara penuh amarah.

Datin Suraya terkesima, manakala Dato’ Azhar beku. Langkah mereka terhenti.
Adi Firkash turut merasa hairan apabila bilik itu sunyi sepi. Hanya bunyi kipas didengari. Rasanya tadi seperti ada orang yang menapak masuk. Eh? Hati Adi Firkash tertanya-tanya bisu.

“ Siapa ajar kamu bercakap macam tu, Akash?” Dato’ Azhar bersuara setelah lama menyepi. Adi Firkash tergamam.

“ Err, papa. Akash ingatkan perempuan tak guna tadi yang masuk. I’m sorry, pa.” Dato’ Azhar memerhati sekeliling. Tidak ada sesiapa pun. Datin Suraya juga turut menghala pandangannya sekitar bilik.

“ Apa yang kamu merepek ni, Akash? Tak ada siapa-siapa pun papa tengok.” Dia menarik kerusi di sebelah Adi Firkash.

“ Tadi ada. Anak kawan papa, apa namanya tu, err..ermmm... Haa, Dato Asri tak silap Akash.”

“ Maksud kamu anak Datin Anna, Izora Firia?” Mama menyampuk. Tangannya lincah membuka bungkusan makanan yang dibawa daripada rumah. Makanan kegemaran Adi Firkash, patin masak tempoyak.

“ Haa, betullah tu kot.. Izora.”

“ Apa dia buat kat sini? Melawat kamu? Macam mana dia tahu kamu kat sini?” Dato’ Azhar menyoal tanpa henti. Adi Firkash diam membisu.

“ Entahlah pa, Akash pun tak tahu.” Dia menjawab jujur.

“ Sudah-sudahlah tu, bang. Bagi Akash makan pula. Mesti dia lapar tu. Akash, mari sini mama suapkan.” Datin Suraya mendekatkan sudu ke mulut Adi Firkash.
Dia membuka mulut tanpa banyak songeh. Sepinggan juga Adi Firkash balun nasi berlaukkan ikan tempoyak. Lapar gamaknya.

“ By the way, my son.. the day after tomorrow, Akash boleh keluar,” ujar Dato’ Azhar menoton.

“ Really, pa? Are you sure for that? Papa tak tipu Akash?” Ceria wajahnya. Datin Suraya mengulum senyum melihat kegembiraan di wajah anaknya.

“ Untuk apa papa tipu kamu?” Suaranya berbaur gurauan.

“ That’s good, pa. Akash tak sabar nak balik rumah. Makanan kat sini semuanya tawar. Suasana kat sini, it’s making me more bored. I can’t hold it anymore. Pretty good that Akash boleh keluar.” Tangannya cuba meraba-raba tangan Dato’ Azhar. Dato Azhar perasan Akash sedang mencapai tangannya terus memegang erat tangan anak lelakinya itu.

“ So, it’s you. Cerewet tak sudah-sudah.” Mama membidas Adi Firkash. Mereka tersenyum bahagia. ‘I hope you will be more stronger than I thought, my son.’ Hati kecil Datin Suraya berkata-kata. Sayu hatinya melihat kekurangan Akash. 

No comments:

Post a Comment