Monday 10 February 2014

Dia Suami Aku Rupanya (DIAR) Bab 1

 Bab 1

“ Mak!! Syifa tak nak!!” Syifa Imani menghentak kaki ke lantai. Hatinya sebal. Muncung ditarik sedepa seakan-akan mahu menangis. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia pulang ke Kuala Lumpur hari ini juga. Sekarang juga!!

“Mak dah terima Syifa. Nak tak nak, kena juga!” Tegas Mak Som di penghujung ayatnya. Sambil pandangannya menghala ke sawah yang menghijau. Tak sanggup menatap wajah kecewa anaknya kerana bimbang hatinya kembali berlembut. Syifa Imani cuba meraih tangan kanan emaknya. Cuba memohon simpati dari emaknya.

“Mak, tak boleh ke mak tolak pinangan dorang. Cakap yang Syifa tak nak.” Syifa Imani cuba berdiplomatik. Dia berusaha sedaya upaya memujuk emaknya agar menolak pinangan dari Datin Suraya.

“Kalaulah mak boleh buat macam tu, dah lama dah mak buat. Tak perlu kau suruh pun. Tapi mak tak boleh.” Panjang lebar penerangan Mak Som agar anak bongsunya memahami. Bukan dia sengaja mahu memaksa anaknya berkahwin, tapi terpaksa! Dia telah berjanji dan janji itu harus ditunaikan.

“Habis tu sekarang ni Syifa anak dorang ke anak emak? Setahu Syifa kalau kita tak suka someone tu kita boleh tolak. Ini apa yang Syifa pelajarilah. Ni tak, mak tetap nak terima pinangan dorang tu. Dah la Syifa tak pernah kenal mereka. Macam mana kalau lelaki tu mafia ke. Entah-entah perogol bersiri. Syifa rasa mak pun tak pernah tengok lagi anak teruna dia. Mak, Syifa tak nak.” Rengeknya lagi.


“Hisy, kamu ni. Takkanlah budak tu macam tu. Datin Suraya tu baik keturunannya. Takkanlah anaknya perogol bersiri. Kamu ni ada-ada je idea nak kenakan orang.” Mak Som terus membela kawan baiknya tanpa mempedulikan rengekkan Syifa. Walaupun hatinya masih ragu-ragu dengan keputusannya, namun dia yakin Syifa akan bahagia satu hari nanti. Memang betul kata-kata Syifa, dia sendiri tidak mengenali anak Datin Suraya.
“Mak..” Syifa Imani masih meraih simpati daripada emaknya. “ Bolehlah. Cakaplah yang Syifa tak nak. Tak pun mak cakap je Syifa tak reti masak. Tanak nasi pun hangus.” Cadangnya lagi.

Mak Som mengeras. Rengekan manja Syifa Imani dibiarkan sepi. “Dah, dah! Keputusan mak muktamad. Lagi 3 bulan kamu kahwin.”

“What?!” Syifa terperanjat. Penyakut baju yang dipegang di tangan kirinya sebentar tadi terlepas. Mujur penyakut baju, kalau kayu ada ditangan, sekarang juga budak tak reti malu itu dibalun dengan kayu. Kasi lenyap biar perkahwinan tu batal. Baru puas hati aku!

“Biar betik mak. 3 bulan? Syifa baru kerja mak. Mana nak cari duit buat belanja, buat kenduri lagi mak. Kita bukan anak raja, kasi orang lain urus dan bila tiba masa kahwin duduk je depan tok kadi. Yang lain semua dayang-dayang uruskan. Ni bukan cerita dongeng mak! Ni realiti.” Syifa Imani terus membebel. Rama-rama di dalam perut bersorak riang. Kecut perut dibuatnya. Gila! Dalam masa singkat macam ni nak jadi bini orang. What the idiot!!

“ Yang tu kau tak payah bimbang. Semuanya..”
“ Di uruskan oleh Datin Suraya?? Tu yang mak nak cakap?? Belum sempat Mak Som menghabiskan ayatnya, Syifa Imani terlebih dahulu menyudahkan.
“Whatever it is! Syifa tak rela.” Dia terus mengorak langkah meniti anak tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.

Syifa Imani menghempas tubuh ke atas tilam. Belum sempat penat memandu hilang, ditambah lagi dengan masalah lain. Hatinya berdongkol marah dengan keputusan emaknya. Mukanya dibenam ke dasar tilam. Merembes mutiara jernih keluar dari kelopak matanya. Ekor matanya melihat ke arah sebuah frame gambar yang terletak disisi meja. Lantas frame itu dicapai lalu dibawa ke dalam pelukan.

“Kalaulah abang masih ada. Semua ini tak akan terjadi kan abang? Mesti abang menghalang keputusan mak kan? Adik rindu.” Syifa Imani bercakap sendirian seolah-olah abangnya berada di situ. Air matanya terus merembes membasahi wajahnya apabila frame itu di bawa ke dadanya. Walau apapun yang terjadi, Syifa akan batalkan perkahwinan ini bang. Syifa sanggup kahwin dengan siapa je asalkan bukan dengan budak bandar tu. Tekad hatinya.
 
Mak som merenung jauh ke luar jendela. Bunyi cengkerik menambahkan lagi suasana malam. Bintang-bintang di dada langit menghiasi keindahan malam. Satu keluhan berat dilepaskan. Betul kea pa yang aku lakukan ini? Hatinya berbolak balik.
“Apa yang awak menungkan tu?”

Suara parau milik suaminya kedengaran. Dia mendekati isterinya yang berada di jendela. Pinggang tua milik si isteri di peluk manja.

“Apa yang awak fikir Som?” sekali lagi dia bertanya.

Mak Som mengeluh. “Entah lah bang. Kadang-kadang Som fikir, betul ke ajaran yang kita berikan pada anak kita? Sudah cukup ke kasih sayang yang kita bagi dekat Syifa. Bila Som fikir balik semua tu, Som rasa banyak sangat banyak kekurangannya. Kadang-kadang Som sendiri tidak mengenali anak Som. Dan kadang-kadang tu, Som rasa meragut kebahagiaan anak sendiri.”

“Apa yang awak cakap? Abang tak faham.” Pelukan dilepaskan. Wajah si isteri kini menjadi tatapan. Beribu soalan bermain di mindanya.

“Tadi, Syifa merajuk dengan Som.” Mak Som mengalih pandangannya ke arah suaminya.

“Kenapa pula?” keningnya diangkat.

“Som bagitahu dia pasal kahwin. Saya paksa dia kahwin dengan anak kawan saya. Diorang nak datang merisik anak kita bang.”

“Patutlah budak tu merajuk. Kena paksa kahwin rupanya. Awak bincanglah balik dengan dia. Nanti-nanti okey lah tu.” Pak Dollah membalas.

“Okey apanya. Dah seharian tak keluar bilik, tak makan malam. Risau juga dibuatnya. Bila Som ketuk pintu bilik, tak nak pula buka. Bila suruh makan, cakap dah kenyang. Saya risaulah bang.” Riak risau jelas kelihatan.
 
“Ala, merajuknya tak lama si Syifa tu. Besok-besok dah baiklah tu. Tak payah nak risau sangatlah.”Tubuhnya dihempas ke atas tilam. Sesaat, dua saat, dia berdengkur.

Mak Som menjenguk ke wajah suaminya. “Ish, orang tua ni. Boleh pula dia tidur masa kita tengah cakap dengan dia.” Mak Som membebel. Pintu jendela ditutup lalu tirai langsir ditarik. Hari pun sudah lewat malam. Dia mengatur langkah ke arah katil setelah selesai menutup semua pintu-pintu rumah. Tubuh montoknya di baringkan di sebelah suaminya. Sekejap sahaja matanya sudah terlelap.

No comments:

Post a Comment